hurmmm...tajuk nak poyo n x semenggah la sangat kan..kan.....
x der maknanya.....
oh! sejak aku dah meluahkan rasa hati pade incek densha otoko.....
aku rase cam kelakar je la kan.....
kawan aku siap cakap "beraninya ko kan luahkan kata2 walaupon ko dah taw ko PASTI kena tolak..."
lol
aku ketawa n trus ckp "mmg la aku taw dia akan tolak walaupon dia x sebut....cuma aku nak dia taw jer aku betul2 ikhlas suka kat dia walaupon aku ni x layak untuk dia"
"tp kire ko brani la kan..kan ..."
"brani x brani la.......aku cuma luahkan apa yg aku rasa....dah bosan la weh pendam perasaan yg perasan hahahaha..."
"abes skrg korang cane?"
"haaaah? ntah la....kawan x brape nak kawan,rapat xbrape nak rapat mungkin dia anggap aku org asing yg dia kenal kot?ala...exceli aku dari awal lagi da aku rasa dia mmg x nak ade kaitan dengan aku langsung,apatah lagi nak kawan dgn org cam aku hahahaha........"
"asal ko ckp camtu lak?"
"hurmm....aku ni kan blajo takat kolej je.....x bijak cam dia....ntah2 dia anggap aku perempuan paling bodoh yg dia penah kenal..."
"laaaa sampai camtu skali erk?"
sejak aku citer kat ida aku mula memikirkan untuk:
membuang ingatan tentang nombor telefon dan tarikh lahir dia
remove semua entri ttg dia dari blog aku
remove dia dari fb aku....
TAPI bila aku pikir balik.....lantak arrrrr....watpe nak buang@remove bagai....biar je la....
lagi pun....satu hari nanti bila aku bace balik ape yg aku tulis kat blog nie,mesti aku akan gelak sendiri..... yang pasti semua hadiah hari lahir yg aku beli untuk dia semua dah aku bagi pada mr.perfect......
ah! bercakap ttg mr.perfect...mase raye dia kate nak hantar rombongan merisik....tp aku da ckp awal2...ade baiknya dia tunggu sampai rasa cinta aku pada incek densha otoko padam.....
dan sekarang aku dah mula rasa
cinta itu makin hilang
dan aku belum tentu dapat terima mr.perfect.....
ada baiknya aku mengikut jejak jo
sendiri lebih baik.....
aku doakan incek densha otoko bahagia selalu.....semoga mak dia mendapat ketenangan dari perpisahan yang berlaku.....semoga incek densha otoko memaafkan bapanya diatas apa yang berlaku...semoga juga incek densha otoko membuka sedikit ruang untuk berfikiran positif tentang hidup..dan
aku harap dia tahu.....akan ada org yg sentiasa ambil berat tentang dirinya walaupon org itu bukan lagi aku...
lamanya x update mungkin sbb aku da xder idea
mungkin juga sebab aku xder cerita
mungkin juga sebab aku x bercinta
mungkin juga sbb aku dah x admire sape-sape
mungkin juga kerna aku dah mula putus asa
mungkin juga aku malas nak mereka cerita
mungkin juga aku mmg dah x der mende nak dibela
mungkin juga aku dah x nak mencerca
dan yg pastinya broadband aku dah x da...hahaha
camno nk hupdate kalo broadband dah x der ye x?
mood:bosAN YG KETERLALUAN
sedang aku check2 inbox td... ader satu email dari seorang member laki yg dah lama x contact aku....
agak2 berapa lagi teruna yang tinggal kat negara kita nie???
salah..aku..nie mmg salah aku...
mak ayah dah balik ke kedah...same la ngan adik pompuan aku....hai boring giler...x der tester pasni kalu aku buat biskut....abg aku??hmm jgn harap....bagi dia semua biskut sedap....x pandai komen btul abg aku nih....
ASSALAMUALAIKUM...
beberaper hari lepas aku.....giler2 x leh tdo...
crap! aku dah agak da mesti aku bukak balik fb..tu pon sebab hari tu incik densha otoko suruh aku (ye ke?) eh! bukan..dia cakap kalo nk tengok gambar di kat japan pi tengok kt fb....ha....kan aku dah bukak balik fb tu...hampeh betul aku ni....
salam....
sedang aku tengok kuliah kt tv pagi tadi,abang aku pown balik(keje shift mlm)
1st lukisan yang aku lukis ikut sifu ageha mase tingkatan 1 huhuhu....ni guna pen silver nih...
ni lukisan semalam(2 lg lukisan kt bawah)...kemahiran dah merosot babas....kali ni x der nak ikot sifu2...aku blasah sendiri hehehe....(guna pensil +pen itam mata bola)
ni lak gambo ala2 kenangan la konon...peristiwa tu dalam ingatan aku jer... jadi aku main lukis2 mengikut keadaan kenanga masa tu (guna pensil +pen itam mata bola)
melepak umah makteh??erk???? wind chime tu aku tambah kengkonon cam kt................ah memane arr hehehe....(guna pensil +pen itam mata bola)
Fatih bukanlah ahli ibadat semata-mata.Dia merupakan siswa jurusan agama.Namun kekangan wang dalam membayar kos pengajian membantutkan dirinya daripada menuntut ilmu agama. Maka dengan kesedihan dia bercuti sebentar dari belajar di Universiti dan mencari wang saku melalui pekerjaan yang dianggap bawahan di Jakarta iaitu pemandu beroda tiga.Namun jiwa yang membara dalam menuntut ilmu,menemukan Fatih dengan Masjid Istiqlal.Disitulah dia menuntut ilmu agama secara percuma melalui ceramah oleh sheikh-sheikh.Dan disitulah bertemunya dia dengan seorang gadis muslimah solehah bernama Khairu Nisa.
Insiden kemalangan kecil antara kenderaan beroda tiga milik Fatih dan kereta mewah Nisa membawa pada pertemuan ilmuan.Mengapa pertemuan ilmuan?Kerana Nisa kagum dengan ilmu yang dimiliki oleh Fatih ketika bertanya dengan sheikh dalam ceramah di masjid Istiqlal. Nisa juga menyertai ceramah tersebut.Terkedu lidah Nisa apabila pemuda yang dianggap murahan dan kuli Jakarta merupakan cendiakawan Islam yang bakal menyinar suatu hari kelak.
"ko tau dak kenape incek densha otaku wat x taw jer ngan ko?" tanya kawan aku tetiba semalam
Kementerian Pengajian Tinggi dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian SEPENUH MASA di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk penajaan di bawah program
Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP), KPT.(sila klik)
DENGARNYA KATY PERRY BLAJAR DARI PASANGAN DAVID & DANIA PASANGAN YANG PERNAH MENYERTAI RANCANGAN AMERICA GOT TALENT, TAPI KATY PERRY DIKEHENDAKI MENANDATANGANI PERJANJIAN SUPAYA TIDAK MEMBOCORKAN RAHSIA TUKAR BAJU TERSEBUT.....
HMMM....AGAKNYA BERAPA KATY PERRY BAYAR UNTUK MAGIC NI ERK??
bg...tlg dtg umah segera, urgent". Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang. Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya. Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh. Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu. Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis. "Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." " Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim. "Bang, Ina lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi." Heheh...thankz coz reading GOT DIS FROM ZAKIAH NOTES IN FB HUHUHU.....
"aku benci ar k-pop tu...bajet bagoos jer "kata cik L
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ. أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّيْ. Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tangan-Mu keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan tiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku.” -Riwayat Ahmad kebetulan aku sedang berdukacita,ustaz zahazan post lak kat page dia doa nie...
sangat kelam kabut..
hati aku berdebar-debar...
mak keluar dari bilik..
"along..along..ayah jatuh"
aku terkejut,terdiam,kaki aku lemah..tangan aku menggeletar..
aku tengok ayah...terbaring diatas lantai...
aku betul 2 x taw nk buat apa...
mata aku mula bergenang...
tapi aku tengok along aku tenang aje..
camtu gak adik-beradik aku yang lain...
aku taw semua orang dalam rumah dah mula risau.."dalam hati"
along aku yang tenang..masih memangku ayah..
"amik ubat dalam bekas tu" kata along..
tangan aku terketar2 mengambil ubat
kemudian aku solat subuh sambil memohon kepada allah
semoga ayah aku diberi kekuatan menghadapi penyakit yg sedang dialami
x lama lepas tu aku tengok ayah bangun...
trus ke katil dan baring..
mak cakap demam ayah kuat..
mungkin ayah jatuh sebab suhu badannya menurun tiba2 ketika ayah mandi untuk solat subuh
kaki aku yang lemah tadi beransur2 hilang...
dalam hati aku terus berdoa agar ayah akan sembuh
esok ayah kimo lagi
kali ni ubat kimo lebih kuat
kalau tengok kulit ayah aku,dah merah sangat macam bayi baru lahir
semuannya sebab ubat kimoterapi
kalian yang membaca entri ini
aku mohon...doakan ayah aku semoga cepat sembuh dari penyakit kanser lipoma ini
aku sangat sayang ayah dan mak aku.. :'(
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
para pencinta Allah....kalau saya salah tolong betulkan...
ceritanya begini:
seorang lelaki telah salah menghantar mesej kepada aku, tapi x lama kemudian dia bertujuan lak nak berkenal2an...oleh sebab aku x brape nak layan lelaki tersebut.lelaki itu kemudian mempermainkan istilah السلام عليكمورحمة الله وبركاته
dia tanya aku kenapa w.b.t tu x ditukar jer dengan wth(what the hell)?
lalu aku membalas "tu pasal pentingnya islam education..pi blaja agama balik..."
oleh kerana lelaki ini tidak berpuas hati kerana aku suh dia pi blaja agama balik,dia ajak ku berdebat dan bertanyakan pada aku "apa itu ka'bah?"
ok disini sudah terang lagi nyata aku tulis " ka'bah adalah kiblat bagi orang islam"
disebabkan lelaki ini masih tidak berpuas hati dia tanyakan aku lagi "ka'bah diperbuat dari apa?"
untuk ringkasan disini aku tuliskan bahawa ka'bah terdiri dari "binaan konkrit,marmar,tali kiswah,besi baja dan kain hitam"
lelaki tersebut masih tidak berpuas hati dan membalas " ka'bah diperbuat dari batu,cina sembah batu,kalo camtu kita pon sembah batu la?"
nah..terdetik dihati aku lelaki ini seakan tidak mengenal islam langsung..dan aku merasakan lelaki ini telah tertutu pintu hatinya..tp cpt2 aku beristigfar dan mendoakan agar lelaki tersebuk akan mendapat hidayah dari allah...
kemudian aku membalas "ka'bah tu merupakan rumah allah dan juga merupakan kiblat bagi orang islam,orang islam bukam sembah batu tapi sembah ALLAH s.w.t...ka'bah itu hanyalah arah kiblat ketika kita solat,bayangkan apabila org Islam melaksanakan solat secara beramai-ramai atau berjemaah, sekiranya setiap individu mghadapkan diri mengikut arah masing2 secara sesuka hati. Apakah yg akan terjadi??? Tentunya jadi kucar-kacir & tak teratur… sorang menghadap ke kanan, sorang lagi ke kiri pastu ada yg brtembung sesame sendiri..
“Palingkan mukamu kearah Masjidilharam. Dan dimana sahaja kamu berada, palingkan muka mu kearahnya (Kaabah / Masjidilharam) ketika bersolat ” (Surah al-Baqarah 2 : 144)
lelaki ini masih juga tidak berpuas hati dan menganggap penjelasan aku semua karut marut,dia hanya percaya yang ka'bah diperbuat dari batu..oleh kerana dia menggangap aku hanya omong kosong maka lelaki ini menukar soalan " apa itu ISLAM?"
aku balas "islam itu agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia"
sekarang dia pertikaikan aku pulak, katanya " agama islam dibawa oleh rasullulah berpandukan al-quran dan hadith"
aku balas kat dia dan katakan definisi yg dia minta pada aku adalah 'ISLAM' bukan 'AGAMA ISLAM'... kalau dia mahu aku menerangkan makna AGAMA ISLAM itu sendiri pasti aku dah balas " agama yang mentauhidkan Allah, Tunduk dan Patuh KepadaNya serta Patuh KepadaNya serta menunaikan semua ajaran yang menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W "
lelaki ini masih juga tidak berpuas hati dan mengatakan "awak atau saya hanya dipisahkan oleh satu garis yang halus...bila2 masa awak boleh berada dibawah"
oleh kerana dia merasakan dia bagus sanggggat aku pon tanya dia balik :
1.kenapa kita perlu solat 5 waktu?
2.kenapa tiap rakaat berbeza?
3.dalam hari ni pernah awak meninggalkan solat?
4.kenpa awak samakan binaan kaabah dengan patung yang cina sembah?
ni jawpan lelaki tu :
1.solat adalah salah satu senaman sihatkan badan,akal fikiran dan emosi
2.perbezaan rokaat adalhmenunjukkan bezany waktu perubahan masa bagi manusia melakukan tahap penerimaan senaman badan
3.???? dia x jawp pon
4.???? langsung x jawap
lepas tu lelaki tersebut terus diam dan x balas langsung mesej aku...
aku baru jer nak balas kat dia "sekarang awak fikirkan antara garisan halus yang awak cakap tu dimana kedudukan awak?" tp x jadi lak aku nk hantar mesej tu sebab lelaki tu dah terus sepi,senyap dan sunyi...
jadi kepada para pencinta ALLAH, TOLONG BETULKAN AKU KALAU2 AKU TERSALAH MEMBERI PENERANGAN&TERSALAH TEGURAN KEPADA LELAKI TERSEBUT...AKU NIE HANYA INSAN YANG KERDIL..MUNGKIN ADA JAWAPAN YANG AKU BERIKAN TU TAK BETUL DAN TAK SESWAI....
SILE KOMEN DAN BERI PENDAPAT YANG BAIK UNTUK AKU MEMPERBAIKI DIRI AKU INI
SEKIAN
ah! maaf ini entri dituju khas untuk stalker yang sedang bersembunyi dan selalu jer tengok2 blog aku .... aku taw ler stalker tersebut x penah komen ke atau wat mende x elok...tapi aku rase ader baiknye la kan. .kalo ko perkenalkan diri kat aku...x yah ler susah2 ko nak taip name blog aku yang x brape femes kat incik google...kan senang kalo ko trus add @ jadi jer follower aku..abis citer kan??kan??
hari ni rase sayu sket kt kampung makcik aku nih..
manakan tidak..junior aku mase sekolah dulu meninggal malam tadi..
yg sedihnya ...org kampung x taw dia meninggal sebab apa pasal time orang jumpa dia...
dia dah terjatuh dari motor yang dia bawa..
hmmm...muda lagi da...dijemput ALLAH untuk pulang ke sisi-Nya
camni la aku..bila ader orang sakit ke,meninggal ke kekadang aku rasa aku yang hidup di muka bumi ni dah x lama...
terkadang sampai menggeletar dan lemah kaki aku memikirkan betapa lemah,berdosa dan hinanya aku kerana tidak cukup membuat amal untuk bekalan aku ke akhirat, betapa malunya aku kepada ALLAH kerana sentiasa lupa dan leka...
Ya ALLAH ampunkanlah dosa2 kami Ya ALLAH...
AL- FATIHAH kepada allahyarham SYAHRINAL AMIN BIN HUD
sedang aku melepak2 tetiba adik aku tanya "kakak android tu ape?....."
"apsal ko tanya?" balas aku..
"bkn pe ni ha kawan aku tanya.."
"ooooo... android tu bla...blah...blah....(aku terangkan kt adik aku)"
aku yg masih x puas hati tanya lagi "apasal kawan ko tanya kat ko?...."
"ntah....katanya berbulu tengok si nina(bkn nama sebenar) post kat fasebuk guna andriod..."
"ait camtu lak?? kan ke si nina tu da lama keje, bgus arr dia beli tablet pc (android) untuk kerja2 dia tu.... rasenyer dia bkn la ske menunjuk2 kan??? apsal kawan ko tu berbulu sangat?"
"dia mmmg camtu...x leh tengok si nina tu lebih sket...."
"laaa ader lagi orang camni kat dunia erk???camne la ko boleh kawan dengan dia???pelik ah aku rase???
adik aku diam......
Daripada az-Zubair telah bersabda Nabi: "Telah merebak kepada kamu semua penyakit umat-umat yang sebelum kamu iaitu; hasad dan kebencian". Dalam Sohehain Nabi bersabda; "Janganlah kamu saling berbencian, janganlah saling memutuskan persaudaraan, janganlah saling memalingkan muka, jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara." Dalam hadis yang lain Nabi berkata; "Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api."
Disebutkan dalam hadis tentang punca yang menyebabkan seseorang itu memasuki Syurga Allah, sabda Nabi bermaksud; "Akan muncul kepada kamu daripada kaki bukit ini seorang lelaki yang merupakan antara penghuni Syurga, maka muncullah seorang lelaki lantas lelaki itu ditanya tentang amalannya lalu lelaki itu berkata; sesungguhnya aku tidak dapati dalam diri aku ini pembohongan dan juga hasad dengki terhadap kaum muslimin yang dikurniakan kebaikan daripada Allah."
Imam Ibnu Sirin berkata; 'Aku tidak dengki dengan seseorang keatas sesuatu yang berkaitan dengan dunia, kerana jika dia dikalangan ahli Syurga maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia dan dia sedang menuju ke Syurga. Jika dia dikalangan ahli Neraka maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia lantas dia sedang melalui jalan ke Neraka. Iblis telah berkata kepada Nuh alaihissalam, janganlah kamu sesekali berhasad dengki sesungguhnya ianya telah menjadikan aku seperti sekarang ini."
dah dkt 2 minggu aku duk umah makcik aku...sbb dah x der keje..jadi aku amik arr gambo kucing kat umah makcik aku hehehe...meh tengok comei ker idak kucing yg asalnyer terbior ni huhuhuhu (^^,)
aku taw pasal cepet ni pon pasal makcik aku kawen dengan orang jawa...... so bile jer ader orang kawen cepet nie mesti muncul....aku x pernah pown mengadap cepet nie,bukan pasal penakut tapi dengar2 cerita org kampung la kan, selain cepet nie ader gak hantu yg betul2 menumpang main sama...so...kalo korang jumpa cepet manusia ok lagi la kan??? paling tidak ko terkejut beruk nak mampus...tapi kalo jumpa hantu yang betul cane???kene lak ko ader sakit jantung haaaaa...amik ko...nie antara gambar yang sempat sepupu aku amik time sepupu dia kawen..... meh tengok takot ke idak :
barusan tadi aku habis nonton cerita KITAB CINTA di TV ALHIJRAH...sebenarnya aku mmg tunggu citer ni keluar so...awal2 lagi aku dah duduk depan tv lepas jer habis bace yassin (kurang asam kan???? dari ukhrawi terus ke duniawi hehehe....)
sebenarnya aku x taw pon citer ni diadaptasi dari novel Taufiqurrahman al-Azizy yg bertajuk Kitab Cinta..sungguh aku da lama x baca novel berbahasa melayu sejak aku meninggalkkan keje di sebuah kedai buku di klcc... aku sebenarnya tertarik nak tengok citer ni pasal iklan kat TV ALHIJRAH, tambahan pulak Fazura yg berlakon (tp aku bkn la kipas susah mati dia 100% hehehe..)
oleh kerana aku x penah baca novel karya Taufiqurrahman al-Azizy jadi kat sini aku bagi sikit sinopsis citer dia yang aku search kat mr.google.....
Sinopsis Kitab Cinta dari Novel Taufiqurrahman al-Azizy
Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.
Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.
Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.
Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.
Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.
oh! yg kat atas tu sinopsis untuk novel ya! yg untuk tv nyer dia da ubah la sikit kowt? kan? tambahan pula pengarahnya Erma Fatima...pasti ada sesuatu yg berlainan sedikit..
DRAMA KITAB CINTA
TV Al-Hijrah (TV ASTRO SALURAN 114)
Mula Tayangan: 1 Jun 2011
Masa Tayangan: 8.30 malam
ADAPTASI NOVEL: KITAB CINTA (Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha)
Nur Fazura : Mustika
Hardy Hartono Danurussami : Wali
Feri Agus Suriandi : Irfan
episod 1 :(bukan sinopsis sekadar pemerhatian aku)
ok yg aku tengok tadi pada awal watak fazura sebagai gadis ayu yg menjadi kesayangan ayahnya,(panggil baby lagi kau)...mustika (watak fazura) dan 3 orang sahabatnya dihantar ke aceh oleh profesor mereka untuk membuat tugasan dan untuk melihat sendiri kehidupan masyarakat disana selepas kejadian tsunami..mustika sangat mengagumi semangat orang indonesia yang begitu cekal dan tabah....
antara quote yg aku ingat dalam drama tu tadi :
ketika irfan menerangkan kenapa acheh mengikut syariat islam mustika membalas
" akhirnya orang takutkan hukuman dan bukan sebab takutkan ALLAH "
"nak pakai tudung biarlah kerana tuhan ,bukan kerana syok pada lelaki..."
" aku bab tudung ni........berkuap pakai tudung taw tak??(kawan mustika)
" orang pakai tudung nak tutup aurat, bukan nak mengorat" (dibalas kawan mustika yg lain)
dah nak last2 tadi barulah mustika jumpa dengan watak wali si penggembala kambing dan juga seorang yg kuat agama(mungkin boleh digelar ustaz)...tapi yg pasti watak atikah pasti menambah keributan dek kerana atikah terlalu mengejar cinta Wali sehingga tidak membenarkan sesiapa pun merebut wali darinya.....
okeh pada sesiapa yang baru nak tengok citer ni masih belum terlambat....mungkin cerita nie boleh jadi hit mcm DRAMA NUR KASIH....
okeh rentetan daripada aku pegi interview itu hari, walaupon aku dapat keje tu tetapi aku terpaksa menolak pekerjaan tersebut dengan alasan waktu balik kerja yg terlalu lewat dan multi tasking mengalahkan org bergaji besar walhal gaji yg ditawarkan tidak setimpal.baik diorg buat iklan tu semula...patot arr aku tengok kedai tu sepi jer...agaknya ramai org tolak kowt tawaran keje tu...
Hari isnin lepas aku pi interview...mmg lah excited giler.... kul 9.30 aku da gerak dari shah alam, pastu lepak sat kat kl sentral n klcc sebelum aku meredah berjalan kaki ke pavillion...
Semalam hari keluarga aku..tapi bkn hanya kelurga kami jer..semua sepupu sepapat sebelah ayah aku balik menjengah rumah arwah nenek aku kt teluk intan..tapi aku x pegi pown...sebab??eeee..males nk citer hehehe....tapi adik2 aku ckp best sangat2...mmg la diorg rase best sbb diorg dapat hadiah sorang satu(3 adik2 aku.... acara tukar2 hadiah laks keluarga kami dapat set pinggan mangkuk...ok la tu....siap ader bbq lagi..aku nk upload gambar tapi sbb tenet ni cam bodo jer aku malas nk upload...tengok la nnt kalo aku rajin aku upload ler...
hari nie ader kenduri pulak...kenduri doa selamat sepupu2 aku,si adik dapat 9A dalam SPM,kakak dia dpt keje tetap dgn jpa dan adik dia yg lagi satu dapat 3A 1B dalam STPM..haaaa...kali nie pown aku x pegi...mesti org tertanya2 kenapa aku x pegi....haissssshh...x nak jawab gak...biarlah rahsia...sibuk jugak makcik2 ngan sepupu2 aku suh datang...tp lantak laaa....nnt2 aku bg taw kenapa aku x pegi...
esok ader interview pulak....hai...kepala aku da pening ni...da naik demam,selsema,batuk,sakit perut,badan x selesa semua ader...haaa.. dah terjawap ke idak nape aku x pegi kenduri ngan hari keluarga tu??? ni suara aku dah sengau nie camno nak buat?dan pulak hidung aku sumbat sampai x bleh nak cium bau2an yg ader kat sekeliling aku...hampeh tul...errr x baik luper lak aku....allah yg jadikan sakit2 nie sbb dia sayang kat aku so aku kene ckp alhamdullilah sbb allah beri ingatan pada aku..kan..kan?
hmm paper pown aku harap temuduga esok lancar.....kalo x lancar cari keje lain lagi....rezeki ader kat mana2 btl xx??
eh! bru teringat hari keluarga incik hans same ngan hari keluarga aku hehehe...
taun depan hari keluarga dianjurkan oleh miss alia&husben mr.kieran tapi guna rumah orang len (boleh lak camtu!!)
2 hari lepas maklang aku masuk hospital
katanya sesak nafas
doktor bagi oksigen dan letakkan dalam wad pemerhatian
pakcik aku sibuk tanya abang aku, apakah penyakit makcik aku tu..
abang aku terdiam dan pasti...sikit sebanyak dia dapat rasakan makcik aku tinggal sikit harapan
semalam bahagian berdekatan paru2 makcik aku ditebuk...
yg keluar hanya darah..walaupun doktor kata untuk membuang keluar sesuatu dari paru2..
makcik aku merenung penuh kosong....matanya bersinar...mulutnya terkunci diam..
abang aku ckap, pasti ada sesuatu didalam tubuh makcik aku...
tekaannya tepat...baru tadi doktor mengesahkan ada ketumbuhan dibelakang paru2 makcik aku...
kemudian doktor mengesahkan makcik aku menghidap kanser tahap terakhir.....
tiada apa yang boleh dilakukan...
aku diam....mak aku terdiam....
pakcik aku yg selama ini tegar dan kuat menangis minta diberi harapan dan kekuatan..
sungguh aku menangis..tapi hanya didalam hati
sekarang seluruh kaum keluarga berserah.....
menunggu waktu...
makcik aku pasti akan pergi....
itu pasti....
jika sekarang oksigennya dicabut...pasti makcik aku menggelupur kesakitan...
doktor membuat keputusan supaya makcik aku hadapi dengan penuh tenang dan perlahan2...
bagi aku biarlah makcik aku pergi dihari penghulu segala hari...
supaya dia menjadi insan yang terpilih dihari yang dirahmati...
MATI ITU PASTI, CUMA CEPAT ATAU LAMBAT YG PASTI KITA TETAP AKAN MENGHADAP YA ILLAHI...
1.Adakah anda bersembahyang jemaah setiap hari?
2.Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?
3.Adakah anda melakukan solat sunat dhuha dan sunat witir?
4.Adakah anda tertinggal takbiratul ihram yang pertama semasa solat berjemaah?
5.Adakah anda membaca ayat-ayat al-Qur'an?
6.Adakah anda membaca al-Ma'thurat(doa amalan nabi) pada hari ini?
7.Adakah anda selawat atas rasul pada hari ini?
8.Adakah anda menjalankan dakwah kepada orang lain?
9.Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?
10.Adakah anda menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar?
11.Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah?
12.Adakah anda membaca buku-buka agama Islam?
13.Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang ada?
14.Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman hari ini?
15.Adakah anda bergaul dengan orang-orang soleh dalam mengingati Allah?
16.Adakah anda menitis airmata mengingati Allah pada waktu yang sunyi?
17.Adakah anda bercita-cita untuk mati dan berjihad pada jalan Allah?
18.Adakah anda berfikir tentang hari akhirat dan bagaimana kedudukan anda? Syurga atau neraka?
19.Adakah anda berfikir tentang mati walau sesaat?
20.Adakah anda membenci dan menyayangi orang lain kerana Allah?
21.Adakah anda memungkiri janji?
22.Adakah anda berbohong?
23.Adakah anda mempersendakan Allah dan hukumNya?
24.Adakah anda pernah terjerumus kedalam maksiat?
25.Adakah anda terfikir untuk melakukan maksiat?
26.Adakah anda menzalimi orang lain?
27.Adakah anda menceroboh hak orang lain?
28.Adakah anda mengumpat orang lain?
29.Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
30.Adakah anda memaafkan orang lain kerana Allah?
31.Adakah anda dapat menahan sabar dan marah di dalam menghadapi kesulitan serta merasa penuh harap kepada Allah?
32.Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
33.Adakah anda pernah merasa riak dan takabur setelah melakukan sesuatu?
34.Adakah anda telah menjaga telinga, mata, tangan, kaki, mulut dan anggota lain dari maksiat?
35.Adakah anda mengabaikan dalam masa dalam urusan terutama dalam hal solat?
36.Adakah anda berwudhu sebelum tidur?
37.Adakah anda telah mengamalkan doa harian dalam segala urusan anda?
38.Adakah anda telah berniat untuk solat malam?
39.Adakah anda telah berazam untuk memperbaiki diri anda untuk menjadi lebih baik lagi pada hari esok?
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.
Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.
Sebab apa?
Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand , terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.
Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.
Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.
Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.
Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.Itu saja yang membezakannya..
Woooot...woooooot...smlm ari lahir aku yg ke 26...rupernyer aku ni da x banyak g masa nak idup kat bumi nie alahai....
tenkiu to oll ma fwen yg wish sebab ingat sendiri dan wish sebab aku ingatkan ahahahahaha...raser bahagia biler org ingat kita...x kisah la.. hmm..sbb smlm besday aku.....so start dari kul 12 tgh mlm 22hb aku bergayut sakan dgn menalipon kengkawan bermula dari cik fiza,incek basri,incek syed,incek sham,cik puan ida,cik puan afnee,mak n ayah aku,cik puan nisa,incek densha otoko n last skali 12 tgh mlm 23hb ma really2 bff incek zahir....waktu yg selebih/senggang mase makcik aku pon join col kengkawan dia hehehe....
eh! ader name incek densha otoko la...huhu..aku ingat aku da x brani x col dia lagi sejak insiden aku meluahkan perasaan beberapa bulan yg lepas..tapi ntah cane aku ader kekuatan tuk col dia huhu...sib baek la incek densha otoko angkat col aku....makanya aku pon dengan raser malu dan buang tebiat terus jer cakap...
"eh! jap pasal msg tu buang je la erk eheheh..aku x taw la ape kene ngan diri aku yg mengarut x tentu pasal..dah buang tebiat kowt...harap ko padam je la msg yg memalukan aku tu..." hmmm..lebih kurang gitu lah ayat aku...x silap arrr...
pastu dia balas " aku nk simpan msj tu....."
hahaha..aku mls nk sambung aper yg aku balas kat dia dah...hmmm...janji aku x ilang kawan gara2 aku meluahkan perasaan cinta aku pada dia...hmmm okey settle 1 masalah
ni nak citer pasal incek zahir laks....hahahahahahaha...mmg giler babas mlm tadi mase col ma sweet bff yg sorang nih...bayangkan sepanjang 10 tahun perkenalan kitaorg.aku x pernah tunjukkan sifat giler2 aku depan dia apatah lagi bercakap perkara2 yg x penting lagi mengarut depan dia..tapi tah cane mlm tadi boleh laks aku pekene incek zahir sampai dia ketawa malu2 tahap cipan.
citer mule cani, incek zahir tanya " awak wt per tu?? aku jawab "tengah urut makcik saya..kenapa?awak nak saya urutkan awak ker??(wah soalan berbaur x elok!!!!) okeh dalam ati aku da start cakap "mati la aku, incek zahir mesti nak ceramah pasal aku cakap mende yg bkn2...." tapi serius aku mmg tengah mengurut makcik aku satu badan. tetibe aku dengar incek zahir ketawa x henti2......"awak..awak pandai mengurut ker? boleh ker awak urut saya?.." okeh cara dia cakap masih mcm malu2 siput sambil gelak tapi x sangka laks aku dia boleh balas balik joke aku. fuhhh..sib baek bkn dia nk bagi ceramah.
pastu aku balas balik " urut awak boleh jer,bukan takat urut, cuci rambut,potongkan kuku n korekkan telinga pown boleh....tapi......awak kene jadik suami saya dulu....." hahaha.giler babas..berani aku cakap camtu kat dia...kalo org len dengar mesti ingat aku ni desperet giler nak berlaki atau mungkin ader yg kata.. kawan sendiri pon nk ngorat jadi suami...lantak arrr...aku tgh hepi ni nak kaco incek zahir...pastu incek zahir balas " jadi suami? boleh...x der masalah...kalo awak nak dalam mase 6 bulan kita boleh kawen...tapi x sangka lak saya awak pandai buat semua tu...bahagia la saper bakal suami awak..." dan incek zahir masih ketawa malu2 kucing pastu terus la dia start ceramah pasal hubungan suami isteri....amik ko! aku cakap kat dalam hati..kan dah aku terkene balik....kene dengar ceramah dia lagi ehehehehe....
:INCEK ZAHIR KENEKAN AKU RUPENYER..
FYI da 10 tahun kenal incek zahir,dia baik,berbudi pekerti,hormat org tua,hormat perempuan n yg paling penting bahasanya x pernah kasar. dia ibarat LELAKI MELAYU TERAKHIR yg pernah aku kenal...sayangnya aku ni x pernah ader perasaan cinta pada dia hehehe(mcm perasaan kat incek densha otoko)....tah la mungkin aku raser dia terlalu hampir kepada lelaki yg perfect...so sesaper nak kenal dengan my bff yg hampir perfect ni sile la anto email kat aku yerrrr biar aku jodohkan korang...sungguh dia hensem dan suaranya menggeggar iman org yg mendengar (maaf iman aku masih kuat lagi ahahahaha!!! sbb aku selalu tertido mase sembang dengan dia)
ni ader quote baru yg aku dengar dari kawan2 time besday :
cik puan nisa : "weh...weh...suami aku da balik laaa...tepon aku sat g naaaaa...nnt husben aku bising...."
cik puan ida : " (nama aku) anak aku da bangun la....kejap lagi (nama aku) col ida balik erk...."
cik fiza : "kau ni aku lempang karang.....mana derrrrrrrrrr..."
incek sham : "aku da hitam dok sini...hai..nak ngorat awek aku kene bukak baju la pulak nk tunjuk warne sebenor kulit aku...ehehehehehe..."
incek zahir : "baru saya taw awak nie ader banyak skill2 yea......bagus..bagus..."
incek densha otoko : "nak ajak tapi ko dah hilang....."
errrkk..sambung balik pasal besday...mmm..aku x sambut pown besday aku ari tu sbb aku,adik aku n abang aku menapak dan melepak kat umah ateh aku...lagipon last aku sambut besday mase belajar kt institut _ _ _ taon 2007.pastu da x sambut2 da..alahai sadis kan? kan?
baru perasan adik angkat aku tak telipon pown....haiiii....brapa lama mau merajuk da......