Pages

Friday, May 28, 2010 at 1:26 PM Posted by Awek Ninja 0 Comments

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan
keredhaan Allah swt.

Hawa,

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini.

Hawa,

Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan.

Hawa,

Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa, cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah.

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini.

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa,

Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini.

Hawa,

Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan, aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa,

Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri? Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa,

Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.
Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.

Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa,

Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu.
Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan. Akhir kata ,ketahuilah,

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

at 1:19 PM Posted by Awek Ninja 1 Comment

Sepasang suami isteri setengah baya yang sama- sama dari kalangan profesional merasa penat dengan kesibukan di ibukota. Mereka memutuskan untuk berlibur di Padang dan menempati kembali kamar hotel yang sama saat mereka melalui masa honeymoon 30 tahun lalu.

Karena kesibukannya, sang suami harus terbang lebih dahulu dan isterinya baru menyusul keesokan harinya.

Setelah check in di hotel di Padang, sang suami mendapati sebuah komputer yang tersambung ke internet telah terpasang di kamarnya. Dengan gembira ia menulis e-mail mesra kepada isterinya di kantornya di Jalan Sudirman, Jakarta.

Celakanya, ia salah mengetik alamat e-mail isterinya dan tanpa menyadari kesalahannya ia tetap mengirimkan e-mail tersebut.

Di daerah Pekanbaru, seorang wanita baru kembali dari pemakaman suaminya yang baru meninggal. Setiba di rumah, ia langsung check e-mail untuk membaca ucapan-ucapan belasungkawa.

Baru selesai membaca e-mail yang pertama, ia jatuh pingsan. Anak sulungnya yang terkejut kemudian membaca e-mail tersebut, yang bunyinya:

To: Isteriku tercinta
Subject: Aku udah sampai!!!
Date: 22 Mei 2006

Aku tahu pasti kamu kaget tapi seneng dapat kabar dariku. Ternyata disini mereka udah pasang internet juga, katanya biar bisa berkirim kabar buat orang-orang tercinta di rumah.

Aku baru sampai dan sudah check-in. Katanya mereka juga sudah mempersiapkan segalanya untuk kedatanganmu besok.

Nggak sabar juga deh rasanya nunggu kamu. Semoga perjalanan kamu ke sini juga mengasyikkan seperti perjalananku kemarin.

Oh iya, disini lagi panas-panasnya. Kalau pada mau, anak-anak diajak aja.

Love,
Papa

عن عمر رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عـند رسـول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم اذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب ، شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثـر السفر ولا يعـرفه منا احـد. حتى جـلـس إلى النبي صلي الله عليه وسلم فـأسند ركبـتيه إلى ركبتـيه ووضع كفيه على فخذيه، وقـال: " يا محمد أخبرني عن الإسلام ".فقـال رسـول الله صـلى الله عـليه وسـلـم : (الإسـلام أن تـشـهـد أن لا إلـه إلا الله وأن محـمـد رسـول الله وتـقـيـم الصلاة وتـؤتي الـزكاة وتـصوم رمضان وتـحـج البيت إن اسـتـطـعت اليه سبيلا).قال : صدقت.فعجبنا له ، يسأله ويصدقه ؟قال : فأخبرني عن الإيمان .قال :أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الاخر وتؤمن بالقدر خيره وشره .قال : دقت .قال : فأخبرني عن الإحسان .قال : ان تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك .قال : فأخبرني عن الساعة .قال : "ما المسؤول عنها بأعلم من السائل "قال : فأخبرني عن أماراتها .قال : " أن تلد الأمربتها ، وان ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان"ثم انطلق ، فلبثت مليا ،ثم قال :" يا عمر أتدري من السائل ؟"قلت : "الله ورسوله
أعلم ".قال : فإنه جبريل ، اتاكم يعلمكم دينكم "رواه مسلم [ رقم 8 ].
Daripada Umar r.a., beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi

Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang

lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan

padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun di antara kami

yang mengenalinya sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah SAW.

Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah SAW dan meletakkan dua

tapak tangannya di atas dua paha Rasulullah SAW, lantas dia berkata:

"Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang ISLAM"

Lalu Rasulullah SAW menjawab:

"Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,

dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan kamu mendirikan

solat, dan kamu mengeluarkan zakat, dan kamu berpuasa di bulan

Ramadhan, dan kamu mengerjakan haji di Baitullah jika kamu

berkemampuan pergi kepadanya.

Lelaki itu berkata:

"Benarlah kamu"

Maka kami pun merasa hairan terhadapnya kerana dia yang bertanya dan

dia pula yang membenarkannya.

Lelaki itu bertanya lagi:

"Maka khabarkan kepadaku tentang IMAN".

Rasulullah SAW menjawab:

"Bahawa kamu beriman kepda ALLAH, para malaikatNya, kitab-kitabNya,

rasul-rasulNya, hari Qiamat dan kamu beriman kepada Qada' dan Qadar"

Lelaki itu berkata:

"Benarlah kamu"

Lelaki itu bertanya lagi:

"Maka khabarkan kepadaku tentang IHSAN.

Rasulullah SAW menjawab:

"Ihsan ialah bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu

melihatNya tetapi jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia

melihat kamu"

Lelaki itu bertanya lagi:

"Maka khabarkan kepadaku dari hal hari QIAMAT"

Rasulullah SAW menjawab:

"Tidaklah yang bertanya itu lebih tahu daripada yang ditanya"

Lelaki itu berkata lagi:

Maka khabarkan kepadaku mengenai tanda-tandanya.

Rasulullah SAW menjawab:

"Tanda-tandanya itu adalah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya

dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian,

miskin, penggembala kambing menegakkan dan mendirikan binaan"

Kemudian dia beredar (dari situ).

Lalu aku terdiam beberapa lama.

Setelah itu Rasulullah SAW bertanya:

"Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu?"

Aku menjawab:

"Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui.

Rasulullah SAW berkata:

"Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk

mengajarkan agama kamu"

(Hadith ini dirawayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab al-Iman. Hadith

nombor 8 )

at 9:58 AM Posted by Awek Ninja 0 Comments

assalamualaikum..

baru2 ni ada member tujukan persoalan kepada seorang ustaz, and miss violet juz nak kongsi perbincangan diorang.. maybe ramai yang dh tau, tp maybe ramai juga yang blum tau....hurmmm

Q: assalamualaikum ustaz, saya merujuk kepada kata-kata seorang sahbat saya yang mengatakan majlis pertunangan itu adalah lebih wajar sekiranya disenyapkan dari pengetahuan orang ramai kerana sebaiknya dihadiri oleh ahli keluarga dan beberapa org sahabat lain sahaja..

tapi setelah bertunang boleh seandainya status pertunangan itu dihebohkan kerana takut ada calon lain yang masuk 'line'

boleh ustaz terangkan situasi sebenar? jazakallah ustaz..


A: ya, memang kita tak digalakkan menyebarkan pertunangan kita kepada orang lain kecuali kepada keluarga tedekat saja iaitu keluarga sebelah lelaki & perempuan.. tidak perlu dihebahkan kepada saudara-mara lain & sahabat handai kerana pertunangan hanya ikatan sementara sebelum kahwin, bukan ikatan yang sah seperti pernikahan..

"tapi setelah bertunang boleh seandainya status pertunangan itu dihebohkan kerana takut ada calon lain yang masuk 'line' "


tak semestinya perlu dihebahkan selepas kita bertunang, mungkin jika ada calon lain yang masuk 'line', sis boleh berkata padanya "maaf, saya sudah bertunang & akan berkahwin tak lama lagi" dan tunjukkan cincin tunang kepada calon tersebut.. insyaAllah, dia akan memahami keadaan kita^^..

saya merujuk kepada soalan yang pernah dikemukakan:

Displin Dalam Bertunang

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-


1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab : " Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-


a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger


d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

g. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Wallahu'alam.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

ah...maaf..saya masih lagi bercuti......
sambung lain hari okeh...
trima kasih kat dak tedi sbb amik sy jadi pemenang saguhati
tengkiu.....
dan terima kasih pada blogwalker yg slalu jalan sini tapi x jumpa ape2 yg baru eheheheh...