Pages

Semalam hari keluarga aku..tapi bkn hanya kelurga kami jer..semua sepupu sepapat sebelah ayah aku balik menjengah rumah arwah nenek aku kt teluk intan..tapi aku x pegi pown...sebab??eeee..males nk citer hehehe....tapi adik2 aku ckp best sangat2...mmg la diorg rase best sbb diorg dapat hadiah sorang satu(3 adik2 aku.... acara tukar2 hadiah laks keluarga kami dapat set pinggan mangkuk...ok la tu....siap ader bbq lagi..aku nk upload gambar tapi sbb tenet ni cam bodo jer aku malas nk upload...tengok la nnt kalo aku rajin aku upload ler...

hari nie ader kenduri pulak...kenduri doa selamat sepupu2 aku,si adik dapat 9A dalam SPM,kakak dia dpt keje tetap dgn jpa dan adik dia yg lagi satu dapat 3A 1B dalam STPM..haaaa...kali nie pown aku x pegi...mesti org tertanya2 kenapa aku x pegi....haissssshh...x nak jawab gak...biarlah rahsia...sibuk jugak makcik2 ngan sepupu2 aku suh datang...tp lantak laaa....nnt2 aku bg taw kenapa aku x pegi...

esok ader interview pulak....hai...kepala aku da pening ni...da naik demam,selsema,batuk,sakit perut,badan x selesa semua ader...haaa.. dah terjawap ke idak nape aku x pegi kenduri ngan hari keluarga tu??? ni suara aku dah sengau nie camno nak buat?dan pulak hidung aku sumbat sampai x bleh nak cium bau2an yg ader kat sekeliling aku...hampeh tul...errr x baik luper lak aku....allah yg jadikan sakit2 nie sbb dia sayang kat aku so aku kene ckp alhamdullilah sbb allah beri ingatan pada aku..kan..kan?


hmm paper pown aku harap temuduga esok lancar.....kalo x lancar cari keje lain lagi....rezeki ader kat mana2 btl xx??

eh! bru teringat hari keluarga incik hans same ngan hari keluarga aku hehehe...

taun depan hari keluarga dianjurkan oleh miss alia&husben mr.kieran tapi guna rumah orang len (boleh lak camtu!!)

2 hari lepas maklang aku masuk hospital
katanya sesak nafas
doktor bagi oksigen dan letakkan dalam wad pemerhatian
pakcik aku sibuk tanya abang aku, apakah penyakit makcik aku tu..
abang aku terdiam dan pasti...sikit sebanyak dia dapat rasakan makcik aku tinggal sikit harapan
semalam bahagian berdekatan paru2 makcik aku ditebuk...
yg keluar hanya darah..walaupun doktor kata untuk membuang keluar sesuatu dari paru2..
makcik aku merenung penuh kosong....matanya bersinar...mulutnya terkunci diam..
abang aku ckap, pasti ada sesuatu didalam tubuh makcik aku...
tekaannya tepat...baru tadi doktor mengesahkan ada ketumbuhan dibelakang paru2 makcik aku...
kemudian doktor mengesahkan makcik aku menghidap kanser tahap terakhir.....
tiada apa yang boleh dilakukan...
aku diam....mak aku terdiam....
pakcik aku yg selama ini tegar dan kuat menangis minta diberi harapan dan kekuatan..
sungguh aku menangis..tapi hanya didalam hati
sekarang seluruh kaum keluarga berserah.....
menunggu waktu...
makcik aku pasti akan pergi....
itu pasti....
jika sekarang oksigennya dicabut...pasti makcik aku menggelupur kesakitan...
doktor membuat keputusan supaya makcik aku hadapi dengan penuh tenang dan perlahan2...
bagi aku biarlah makcik aku pergi dihari penghulu segala hari...
supaya dia menjadi insan yang terpilih dihari yang dirahmati...

MATI ITU PASTI, CUMA CEPAT ATAU LAMBAT YG PASTI KITA TETAP AKAN MENGHADAP YA ILLAHI...

at 8:23 AM Posted by Awek Ninja 1 Comment

1.Adakah anda bersembahyang jemaah setiap hari?
2.Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?
3.Adakah anda melakukan solat sunat dhuha dan sunat witir?
4.Adakah anda tertinggal takbiratul ihram yang pertama semasa solat berjemaah?
5.Adakah anda membaca ayat-ayat al-Qur'an?
6.Adakah anda membaca al-Ma'thurat(doa amalan nabi) pada hari ini?
7.Adakah anda selawat atas rasul pada hari ini?
8.Adakah anda menjalankan dakwah kepada orang lain?
9.Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?
10.Adakah anda menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar?
11.Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah?
12.Adakah anda membaca buku-buka agama Islam?
13.Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang ada?
14.Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman hari ini?
15.Adakah anda bergaul dengan orang-orang soleh dalam mengingati Allah?
16.Adakah anda menitis airmata mengingati Allah pada waktu yang sunyi?
17.Adakah anda bercita-cita untuk mati dan berjihad pada jalan Allah?
18.Adakah anda berfikir tentang hari akhirat dan bagaimana kedudukan anda? Syurga atau neraka?
19.Adakah anda berfikir tentang mati walau sesaat?
20.Adakah anda membenci dan menyayangi orang lain kerana Allah?
21.Adakah anda memungkiri janji?
22.Adakah anda berbohong?
23.Adakah anda mempersendakan Allah dan hukumNya?
24.Adakah anda pernah terjerumus kedalam maksiat?
25.Adakah anda terfikir untuk melakukan maksiat?
26.Adakah anda menzalimi orang lain?
27.Adakah anda menceroboh hak orang lain?
28.Adakah anda mengumpat orang lain?
29.Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
30.Adakah anda memaafkan orang lain kerana Allah?
31.Adakah anda dapat menahan sabar dan marah di dalam menghadapi kesulitan serta merasa penuh harap kepada Allah?
32.Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
33.Adakah anda pernah merasa riak dan takabur setelah melakukan sesuatu?
34.Adakah anda telah menjaga telinga, mata, tangan, kaki, mulut dan anggota lain dari maksiat?
35.Adakah anda mengabaikan dalam masa dalam urusan terutama dalam hal solat?
36.Adakah anda berwudhu sebelum tidur?
37.Adakah anda telah mengamalkan doa harian dalam segala urusan anda?
38.Adakah anda telah berniat untuk solat malam?
39.Adakah anda telah berazam untuk memperbaiki diri anda untuk menjadi lebih baik lagi pada hari esok?

at 8:18 AM Posted by Awek Ninja 0 Comments

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.
Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.
Sebab apa?
Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand , terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.
Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.
Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.
Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.
Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.Itu saja yang membezakannya..


Woooot...woooooot...smlm ari lahir aku yg ke 26...rupernyer aku ni da x banyak g masa nak idup kat bumi nie alahai....

tenkiu to oll ma fwen yg wish sebab ingat sendiri dan wish sebab aku ingatkan ahahahahaha...raser bahagia biler org ingat kita...x kisah la.. hmm..sbb smlm besday aku.....so start dari kul 12 tgh mlm 22hb aku bergayut sakan dgn menalipon kengkawan bermula dari cik fiza,incek basri,incek syed,incek sham,cik puan ida,cik puan afnee,mak n ayah aku,cik puan nisa,incek densha otoko n last skali 12 tgh mlm 23hb ma really2 bff incek zahir....waktu yg selebih/senggang mase makcik aku pon join col kengkawan dia hehehe....

eh! ader name incek densha otoko la...huhu..aku ingat aku da x brani x col dia lagi sejak insiden aku meluahkan perasaan beberapa bulan yg lepas..tapi ntah cane aku ader kekuatan tuk col dia huhu...sib baek la incek densha otoko angkat col aku....makanya aku pon dengan raser malu dan buang tebiat terus jer cakap...

"eh! jap pasal msg tu buang je la erk eheheh..aku x taw la ape kene ngan diri aku yg mengarut x tentu pasal..dah buang tebiat kowt...harap ko padam je la msg yg memalukan aku tu..." hmmm..lebih kurang gitu lah ayat aku...x silap arrr...

pastu dia balas " aku nk simpan msj tu....."
hahaha..aku mls nk sambung aper yg aku balas kat dia dah...hmmm...janji aku x ilang kawan gara2 aku meluahkan perasaan cinta aku pada dia...hmmm okey settle 1 masalah

:AKU DAPAT KAWAN AKU BALIK

ni nak citer pasal incek zahir laks....hahahahahahaha...mmg giler babas mlm tadi mase col ma sweet bff yg sorang nih...bayangkan sepanjang 10 tahun perkenalan kitaorg.aku x pernah tunjukkan sifat giler2 aku depan dia apatah lagi bercakap perkara2 yg x penting lagi mengarut depan dia..tapi tah cane mlm tadi boleh laks aku pekene incek zahir sampai dia ketawa malu2 tahap cipan.

citer mule cani, incek zahir tanya " awak wt per tu?? aku jawab "tengah urut makcik saya..kenapa?awak nak saya urutkan awak ker??(wah soalan berbaur x elok!!!!) okeh dalam ati aku da start cakap "mati la aku, incek zahir mesti nak ceramah pasal aku cakap mende yg bkn2...." tapi serius aku mmg tengah mengurut makcik aku satu badan. tetibe aku dengar incek zahir ketawa x henti2......"awak..awak pandai mengurut ker? boleh ker awak urut saya?.." okeh cara dia cakap masih mcm malu2 siput sambil gelak tapi x sangka laks aku dia boleh balas balik joke aku. fuhhh..sib baek bkn dia nk bagi ceramah.

pastu aku balas balik " urut awak boleh jer,bukan takat urut, cuci rambut,potongkan kuku n korekkan telinga pown boleh....tapi......awak kene jadik suami saya dulu....." hahaha.giler babas..berani aku cakap camtu kat dia...kalo org len dengar mesti ingat aku ni desperet giler nak berlaki atau mungkin ader yg kata.. kawan sendiri pon nk ngorat jadi suami...lantak arrr...aku tgh hepi ni nak kaco incek zahir...pastu incek zahir balas " jadi suami? boleh...x der masalah...kalo awak nak dalam mase 6 bulan kita boleh kawen...tapi x sangka lak saya awak pandai buat semua tu...bahagia la saper bakal suami awak..." dan incek zahir masih ketawa malu2 kucing pastu terus la dia start ceramah pasal hubungan suami isteri....amik ko! aku cakap kat dalam hati..kan dah aku terkene balik....kene dengar ceramah dia lagi ehehehehe....
:INCEK ZAHIR KENEKAN AKU RUPENYER..

FYI da 10 tahun kenal incek zahir,dia baik,berbudi pekerti,hormat org tua,hormat perempuan n yg paling penting bahasanya x pernah kasar. dia ibarat LELAKI MELAYU TERAKHIR yg pernah aku kenal...sayangnya aku ni x pernah ader perasaan cinta pada dia hehehe(mcm perasaan kat incek densha otoko)....tah la mungkin aku raser dia terlalu hampir kepada lelaki yg perfect...so sesaper nak kenal dengan my bff yg hampir perfect ni sile la anto email kat aku yerrrr biar aku jodohkan korang...sungguh dia hensem dan suaranya menggeggar iman org yg mendengar (maaf iman aku masih kuat lagi ahahahaha!!! sbb aku selalu tertido mase sembang dengan dia)

ni ader quote baru yg aku dengar dari kawan2 time besday :

cik puan nisa : "weh...weh...suami aku da balik laaa...tepon aku sat g naaaaa...nnt husben aku bising...."
cik puan ida : " (nama aku) anak aku da bangun la....kejap lagi (nama aku) col ida balik erk...."
cik fiza : "kau ni aku lempang karang.....mana derrrrrrrrrr..."
incek sham : "aku da hitam dok sini...hai..nak ngorat awek aku kene bukak baju la pulak nk tunjuk warne sebenor kulit aku...ehehehehehe..."
incek zahir : "baru saya taw awak nie ader banyak skill2 yea......bagus..bagus..."
incek densha otoko : "nak ajak tapi ko dah hilang....."


errrkk..sambung balik pasal besday...mmm..aku x sambut pown besday aku ari tu sbb aku,adik aku n abang aku menapak dan melepak kat umah ateh aku...lagipon last aku sambut besday mase belajar kt institut _ _ _ taon 2007.pastu da x sambut2 da..alahai sadis kan? kan?

baru perasan adik angkat aku tak telipon pown....haiiii....brapa lama mau merajuk da......

Pernahkah anda meminum dari botol minuman plastik atau makan makanan daripada bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan atau minuman tersebut. Sekiranya kita dapat lihat pada belakang atau bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombor itu, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur POLYMER iaitu byproduct dari bahan pertoleum).

Ketahuilah fakta-fakta berikut :
• Kajian menunjukkan bahawa KOD 1 yang diperbuat daripada bahan PTE atau PET (yang selalu digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh satu kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksiknya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutama kanser payudara.
• KOD 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu, kita tidak perlu risau tentangnya.
• KOD 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan digunakan sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke dalam makanan tersebut.
• KOD 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di oven microwave tetapi untuk jangkamasa tiga bulan sahaja jika digunakan setiap hari. Oleh itu, kita seharusnya membuangnya dan gantikannya dengan yang baru jika sudah terlalu lama kita menggunakannya.
• KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6, dan 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari polycarbonate yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan KANSERterutama KANSER PAYUDARA. KOD 3 dan KOD 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama.

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut.. Bahan BISPHENOL-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem peranakan, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diabetis dan tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol-botol susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta rujukan sedunia telah mngesahkan fakta ini.

Jadi, kita kena bertindak sekarang!!!
1. JANGAN guna plastik KOD 1 berulang kali
2. JANGAN guna KOD 5 dalam tempoh yang terlalu lama
3. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6, 7.
4. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.



Sumber : Environmental Protection Departmen

at 4:25 PM Posted by Awek Ninja 1 Comment

2 hari lepas ayah aku dapat keputusan baru laks tuk sakit dia...2 hari ni la aku xder mood nak menulis kt blog nih...new result :doktor cakap x der kene mengene la pulak dengan kanser lipoma maknanya mase kimoterapi kali pertama tu memang dah bunuh kuman2 serta virus.tak perlu kimoterapi untuk kali kedua mcm yg aku cakap dalam HOPE.walaucanepon sel darah putih tu still x leh nk di reduce kan lagi...

kali ni doktor kate dia x penah nampak lak n x penah taw sakit apakah yg dihidapi oleh ayahku itu maknanya selain kanser lipoma tue ader sakit lain yg dok singgah dalam tubuh ayah aku sekali sampai mata ayah aku bengkak cam baru pas nangis...aku sian kat ayah sbb terpaksa pakai sunglasses wlaupon dalam rumah..alaaaahai...

skrg result ayah aku itu dihantar ke sabah laks...untuk pengenalpastian penyakit baru yg menghinggap kat tubuh ayah.....kami sekeluarga hanya mampu menunggu...berdoa ...menunggu..berdoa dan terus menunggu....semoga sakit ayah tidak bertambah parah....MOHON DOAKAN AYAH SAYA SIHAT.....AMIN....

mak n ayah mase anibersary ke -28 (30/4/2011)


at 4:24 PM Posted by Awek Ninja 0 Comments

LOL..lambat preview parakiss sebab malas hahaha...okeh manga citer nie aku da bace sampai abis n dah tengok anime dia sampai abis gaks n aku rase best jer sbb aku mmg suke sume citer yg ai yazawa wat...tapi ending dia ramai yg x puas ati sbb yukari n george tak happy together forever...tp pada pendapat aku, x semua citer kene happy ending..ala yukari bleh jer cari laki lain dalam hidup dia...dia kan dah populer..tambahan laks george tu bisexsual..whoopsss..tapi dalam manga/anime, sebenarnya aku lebih suka character arashi...nampak kewl jer dgn punk style dier, piercing dier pastu laks dia ske alternative music mcm aku...aku x ske miwako sooo... aku anggap miwako tu musuh aku(wah berani dia kawen dgn arashi!!!!!)

kt bawah nie ader trailer tok live action yg akan dtg..tapi kat japan la...nk tunggu masuk malaysia jgn harap..aku ske gak barisan pelakon dia wlaupon ader yg x suke pada keiko kitagawa (so whatt?? aku rase dia howt jer,kiut laks tu....).antara barisan pelakon dalam parakiss :

Keiko Kitagawa as Yukari Hayasaka (blakon dalam Sailor Moon live action,buzzer beat)
Osamu Mukai as George (aku tak ske dier!!)
Natsuki Katō as Kaori Aso
Aya Ōmasa as Miwako Sakurada
Kento Kaku as Arashi Nagase
Shunji Igarashi as Isabella Yamamoto
Yūsuke Yamamoto as Tokumori Hiroyuki.(ghost boy dalam hana kimi)


hmmm..aku ingat lagu Lonely in Gorgeous" by Tomoko Kawase (Tommy February6/Tommy Heavenly) akan dinyanyikan semula untuk live action nie.. tapi rupanyer awesome YUI akan nyanyikan 2 buah lagu tuk filem nie iaitu HELLO & YOU.... single lagu YUI nie boleh la kita dapatkan pada 1st june 2011 order kat sini okeh : HELLO ~Paradise Kiss~



PARAKISS LIVE ACTION MOVIE


PARAKISS ANIME ENDING

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

at 12:44 PM Posted by Awek Ninja 0 Comments

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

AKU BORING JADI AKU LUKIS...LUKIS...LUKIS DAN LUKIS....


at 7:07 PM Posted by Awek Ninja 0 Comments

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

jibril : sebesar kurma. ..

at 6:15 PM Posted by Awek Ninja 0 Comments

"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah : 237 )

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
'" Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan solat jumaat.
mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya.

at 1:35 PM Posted by Awek Ninja 1 Comment

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang
hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
! "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila
telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat
Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -
Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda
semakin dekatnya! kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'
(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya
di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari
kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat
Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir
zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum! pernah didengar oleh
bapa2
kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &
disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" -
Sahih Muslim

at 1:51 AM Posted by Awek Ninja 1 Comment

adik aku bru je abes pratikal kat smk bukit gambir,jumaat lepas....jadik dia ader cuti 3 bulan dok umah sblm posting...mase dia balik ritu...berbondong2 barang dia bawak balik....pelik aku adik yg sorg nih...pegi bawak banyak barang, balik lagi bawak banyak barang....

opppsss...trus je la citer tang aku tanya adik aku :

tgh 1 family dok lepak,aku pon tanya la soalan kt dia... "seronok ker ko jadi chegu?"


"emmm...ok la..aku suke je keje ni" adik aku balas. "budak2 x meragam ker?" aku tnya balik... "x der la sangat yg ader pon degil jee...tapi ko taw x kak? chegu2 sume tanya aku ni da lame ke pratikal? aku jwp arrr aku pratikal 3 bln je..pastu chegu yg tanya tu balas balik "hai pelajar2 awak tu dah mcm semut sy tengok...ni bru awak pratikal 3 bulan, kalu 6 bulan x taw la sy nk ckp..."

aku tanya la adik aku apasal chegu tu ckp camtu. pastu adik aku ckp arrr.. kt mane dia ader mesti ader budak2 yg menempel kt dia.... "hah kakak...ko tengok ni, ni kotak2 dan bungkusan2 ni semua hadiah dari pelajar....ader pelajar yg aku x ajar dia pon dia bg hadiah kt aku".

lorrrr...banyak nyer hadiah adik aku dapat...mcm2 ader kain ela,jam tangan,sapu tangan,kerongsang,pasu,tudung dll.... pastu adik laki aku tanya lak "best la ko kak banyak adiah ko dapat...chegu yg pratikal same ko dpt aper? dia jwp pendek jer "tah x taw".

jadi aku terpikir adik aku seronok jadi chegu sbb dia banyak dapat hadiah ke???hurmm...

kepada chegu2 yg lain "SERONOK KER JADI CHEGU??"



ADIK AKU DAN ANAK2 MURIDNYA

“Teori” mudah yang digunakan untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu menipu atau berkata benar, dan lebih menarik, kaedah itu dikatakan berkesan sehingga kadar 95% !


Teruja?

Menurut James W. Pickens di dalam tulisan bertajuk The One Minute Closer, teori ini telah diguna pakai sebagai “peraturan” oleh Federal Bureau of Investigation and Scotland Yard di United Kingdom. Caranya tidak sukar malah menggunapakai konsep yang sangat mudah. Apa perlu dibuat ialah anda cuma perlu melontarkan satu soalan dan tindakan seterusnya ialah memerhatikan gerak mata individu terbabit sebelum dan ketika jawapannya diberi.


Secara dasarnya, jika seseorang yang ditanya itu bertindak balas dengan menjawab sambil kerap menjeling ke kiri dan ke atas, itu bermakna bahawa dia sedang berusaha mengingati sesuatu. Kesimpulannya, dia bercakap benar. Tapi sebaliknya pula jika dia asyik menjeling ke kanan dan ke atas, maka reaksi itu dikatakan petanda sebagai menipu atau percubaan untuk mengada-ngadakan cerita. Hmm... Cuma persoalannya, apa bolehkah kita mengawal reaksi spontan tubuh badan yang dikawal sepenuhnya oleh fungsi otak?

Bagi yang ingin tahu apa rasional di sebalik teori gerak mata tersebut, jawapannya mudah saja ! Otak kanan manusia yang mengawal pergerakan kiri tubuh (termasuk mata kiri) adalah bahagian tubuh yang menyimpan maklumat, manakala otak kiri yang mengawal pergerakan kanan tubuh (termasuk mata kanan) berfungsi menjana kreativiti serta imiginasi. Justeru, dari situ datanglah justifikasi bahawa jelingan ke kiri bermakna berkata benar dan jelingan ke kanan pula sebaliknya petanda kita sedang menipu – kerana terpaksa berhempas pulas mengerah kreativiti otak kiri untuk membina plot drama yang perlu kedengaran seperti benar dan meyakinkan !

Semestinya ramai yang musykil dan tidak bersetuju dengan teori ini, apa lagi kepada yang mahir melobi dan “menjual” kehebatan diri masing-masing untuk pelbagai tujuan, sama ada kerjaya, perniagaan, politil malah juga cinta. Walau apa pun, saya positif terhadap teori ini, tambahan bila menilai reaksi beberapa rakan lelaki yang sering mengeluh apabila tersalah memberi jawapan kepada buah hati. Manakan tidak, kamu menipu dengan mengada-ngadakan cerita sedangkan perkara yang tidak wujud ini akan disimpan oleh otak kanan. Justeru itulah apabila sesekali ditebak dengan soalan sama yang pernah diajukan sebelumnya, akan serta merta terpacul alasan baru atau cerita lain (hasil imiginasi otak kiri). Oh ! hati-hati ya !

at 8:30 AM Posted by Awek Ninja 0 Comments

huhuhu...giler babas...aku x taw nk tlis aper tp ader hati lak nak meng ^ date blog nih...jadi aku amek jer trivia yang penah aku dapat kat email 11 taon doluuuu....tadaaaaa....aku siap tulis pendapat aku skali bg certain2 trivia nie...

1.Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.. -aku da tgok tp bukan YKK ia tertera number 555...cuba ko lak tgok balik....

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa. - aku taw nape...sbb ALLAH dah ciptakan camtu jd mmg ler kite x taw...hanya ALLAH je YG MAHA MENGETAHUI....

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.-ye ker???sib baek aku x penah pakai lipstick....lipsgloss aku guna la...huhu..

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..-dasyat2

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada. -maknanyer kita ditipu...aku nk shetox arr pas ni... pasal aku nk bunuh nyamuk!!

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.-uih sib baek aku letak kat atas peti sejok sebelah sinki *wink*wink

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika. - wane kegemaran aku gak ehehehe....

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.- ooo..yer ker...slaloo aku dengo operator telepon cakap "sile tekan butang H = #"

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata. - kalo ko x pejam nanti bola mata ko terkeluar laaaa...

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.-lipas mmg dasyat,aku x ske lipas!!!

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus. - haram jadah nak wat per cari maut!!!

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad. - elok la tu... ikot nama nabi junjungan mulia S.A.W

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan. -sian2...dolu x pakai suar dalam,skrg x pakai baju luar dan dalam lak...

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.- Oh! aku bru tgok natioal geography...kalu bior lelame...jadi cam atlantis yg ilang.....

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.- yer ker? aku rase manusia lagi banyak terbiak tapi x sempat idop lama dah mati kat longkang,tong sampah,kt mesjid,kt bawah jambatan..semua kene buang dengan mak apak dorg yg berzina...

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv. -hmmmm..... nampaknyer aku kene renti la jadik antoo tv!!

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. - kalu jari yang kene gigit camno???

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.

sekian..

at 3:54 AM Posted by Awek Ninja 0 Comments

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu
dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka
membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala
matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

MENDER NI DA LAME AKU DAPAT (dkt2 da 11 taon ader...kowt)...TAPI PASAL AKU NAK TUTOP KOTAK EMAIL AKU YG DA LAMA,BERKULAT DAN PENUH SAMPAH TU, RASE SAYANG LAK KT INFO2 KEBENDE CAMNI YG PENAH AKU DAPAT...SO AKU POS arr kt CNI...


Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi.
Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960.
Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga bolehdikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah korang bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

Tahukah korang perkataan May Day yang diulang sebut
ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau
udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez
yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin
yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud
ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

Tahukah korang kedua belah kaki kita tidak sama besar
kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi
adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi
tentunya besarnya juga tidak sama.

Tahukah korang magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah korang cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukah korang burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

Tahukah korang bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

Tahukah korang gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

Tahukah korang orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

Tahukah korang antara kereta kebal dan tok guru ilmu
kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana
kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah
membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Tahukah korang ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tahukah korang walaupun
walaupun hidup beribu tahun kalau tak
sembahyang apa gunanya
............

at 8:52 PM Posted by Awek Ninja 0 Comments

aku x der la setuju 100% ngan statement member aku ni... kalo ader pon sikit je laaaa....

1.The nice men are ugly
2.The handsome men are not nice
3.The handsome and nice men are GAY
4.The handsome, nice and heterosexual men are married
5.The men who are not so handsome, but a nice men,have no money
6.The men who are not so handsome, but are nice man with money think we are only after their money
7.The handsome men without money are after our money
8.The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don’t think we are beautiful enough,
9.The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money are cowards
10.The men who somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!
11.The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the INITIATIVE...haha...
12. Girl have no choices n have to be lesbian...


hmm..if u find urself in love with someone, and that someone does not love you..be gentle to yourself, there is nothing wrong with you, but love just did not choose to rest in that someone’s heart

if you find someone in love with you and you cannot answer that love...feel honoured that love has come by and called on your door..but gentally refuse the feeling you cannot return, as love did not choose to settle in your heart...or...

if you find yourself in love with someone and the love return..it still can happen that love chooses to leave..do not try to reclaim it and do not asses any blame..let it go..Despite the pain, there is a reason and meaning to this..you cannot choose love by yourself..LOVE CHOOSES U...

at 9:24 AM Posted by Awek Ninja 0 Comments

ntah betul ker idak aku x taw la kan tapi kalu pakar motivasi yg cakap aku rase betul la kowt,soheh kate ostat jiran sebelah umah aku ....lagi pulak pakar motivasi yg ckp tu kerap kali muncul kat tv n kuarkan banyak buku2 motivasi....pastu gender dia laki lak tu..so aku cayer arr ....kalo tak cayer bace arr kat bawah ni hehehe.....

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik.Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis;aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.
Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya. Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri. Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri. Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya. Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS. Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

- Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.(Mingguan Wanita 7-13 Februari 2003 (Bil 1003)



saper yg x penah shopping on9??sila angkat tangan!!

aku rase skrg nie makin ramai yg suke shopping on9...sbb lebih murah,jimat kos n boleh tgok n belek sepuas ati kat tenet...tapi shopping on9 nie ader gak probnyer..mcm adik aku yg baru terkene pagi tadi....

punyalah dia xcited sbb barang yang dia pesan tu sampai pagi tadi guna perkhidmatan pos laju gitu..skali biler dia bukak n tgok barang dia tu......!! alahai nak menangis aku tengok....buruknyer baju tueeeee........sorry 2 say lah yer....dah macam orang miskin aku tengok adik aku pakai baju tu,pastu mak aku cakap pulak "dah rupa macam kain buruk mak tengok" parah betul....

aku betul2 x puas hati...selama aku shopping on9 aku x der la penah dapat barang yang teruk mcm tu,semuanya tip top...

aku tanya kat adik aku kat laman web mana yg dia beli.... aku pon bukak la laman web tu(tgok barang2 kat situ macam la limited edition...)..aku tengok arr terma n syarat ea..pastu aku click kat penghantaran dan pemulangan, cisss...hampeh giler.... pasal penghantaran ader arrr...yg pemulangan tu dia x tulis paper pown....okeh kali nie aku marah la kat adik aku pasal dia x tgok bebetul kat laman web tu.....tapi aku still x puas hati....

aku pown antar email kat org tue.... aku tulis "apsal warna dia lusuh n cam buruk jer...pastu aku mintak arr nk tukar x pown pulangkan duit balik kan..kan...

pastu jap td aku dpt email dr admin laman web tu.... tau x dia tulis aper??? "baju tu mmg kaler mcm tu...kami da "fotoshop" sket".....kalau nk tukar bleh arr tp kos awak tanggung sendiri okeh...."...

duh!!! apasal la ko pi photoshop gambo tu....kalu baju tu kaler dia buruk tunjukkan jer la keburukkan baju tu...kt web lain aku beli mcm ner aku tengok camtu gak la aku dapat....admin dorg tu pulak kemain ramah mesra dgn aku nie. ini x hampeh giler...

pastu aku bebel lg kat adik aku....lain kali jgn beli n jangan tengok lagi jenama baju tu....(jenama bju tu bnyk dijual oleh blogger2 laen tp adik aku bli kt main web dia..)ader baiknya dia beli kat tempat yg aku slaloo beli tuh...lagi cantik,lagi menarik lagi murah,lagi da bomb....n kalu x puas hati pon bole return balik n ader money back geren-T lagi....

*pengajarannya : adik aku dah taw n lebih pandai nak beli on9 pas nie...

tu la nk shopping on9 x tanya aku nie....yg dia pandai lagi hebat...shopping kat pusat beli belah....nak runtuh dah almari penuh ngan baju,tudung,beg n kasut dia jer...alahaiii.....

at 9:53 AM Posted by Awek Ninja 0 Comments


Some say boring some say just okey....emm tp bagi aku kira okeh la tu..memula lagu ni cam fresh (ley wat ringtone enset...) tp biler dengar banyak kali aku terkesan dan tercampurkan dengan lagu it's all right + never say die + it's my life + my generation kot...



【CD】
01. HELLO ~Paradise Kiss~
02. YOU
03. It's My Life ~YUI Acoustic Version~
04. HELLO ~Paradise Kiss~ (Instrumental)

【DVD】
01. It's My Life PV

at 9:20 AM Posted by Awek Ninja 0 Comments



akhirnya mika nakashima kembali mengeluarkan single....giler babas..da lama aku tunggu sejak dia dapat sakit patulous Eustachian tubes kt dua belah telinga dia akhir taun lepas...huhu...beri xcited aku dibuatnyer.... 1st tyme dgar lagu nie raser cam ader masuk unsur2 muzik korea pown ader cam lagu misty-goodbye...tp paper pon mika still da best!!!!!

DEAR