Pages

Bukan idaman miss violet sorang je...rasanya semua perempuan mahukan lelaki sebegini.....

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tutur katanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya

**just found in ma fwen facebuk cik amy..dia pon x taw amik kat ner so x taw nk kredit kat saper...tapi kata2 nye sangat indah dan tepat dengan isi hati miss violet...*

at 10:38 AM Posted by Awek Ninja 1 Comment

Umur mula berganjak nie mula la semua orang nak tanya,tak kira la kawan,kaum keluarga mahupun jiran2 sebelah rumah:

“ko bile nak kawen?”

Adeh! Pening paler den...tolong lah jangan tanya... makcik miss violet mule la bising katanya padah menolak risikan orang masa miss violet muda dulu... oh! Makcikku sayang...kalo dah x der jodoh nk wat camner?? Time tu miss violet terasa tak mampu nak pikul tanggunjawab lagi (masih obses dgn Mr.Y).... senang citer gak time tu tak gatal pon nak kawen.. mak abah pon tak pakse memakse... mengelakkan diri miss violet bg alasan nk sambung blajar...

Sekarang.... mak pulak acam risau dan bising kerana seorang pon anaknyer belum berkahwin...adehhh.. bukan la bising camner pon... jap..jap tanya... “kakak x der kawan ker??” miss violet pon jawab “ader tp kawan jer la”

Semalam adikku cakap “mak cikgu nak singgah rumah.”
“ Singgah la...tapi...cikgu tu bujang ker??? Cubala ko kenalkan kakak2 ko ni kat cikgu2 bujang kat sekolah tu...”

ait??miss violet lak yg pening......
terasa pulak diri ni tak laku...wakakakaka...

sebenarnya miss violet nie tak der la kisah sangat..kalau ader jodoh ada la...kalau dah x der nk buat camno kan??siapalah yg x nak kawen...mesti la nak kan?? Abis dah calon tak derrr huhuhu....

Mak pulak yang resah gelisah...agaknya udah boring nengok muka anak dia ni kot??hehehe... mak tolonglah berenti promote anakmu ini..... terasa segan nan silu bila dibuat begitu...

Miss violet masih terasa muda...ya muda...(muda la sangat!)
Tahun lepas dan tahun ni ramai member yg akan melangsungkan perkahwinan mahupun pertunangan...yg melahirkan anak pun ramai...tahniah la kat mereka..

Kenduri mereka tak jugak miss violet pergi.........manakan tidak , mungkin sudah bosan mendengar
“bila pulak hang nak menikah??” aduh! muka merah,peluh pula membasah..
Baik miss violet menyepi diri..kalau pergi kenduri pun cepat2 kembali...
Mana la taw terserempak rakan yang suke menyakat lagi “bila nak jemput aku ke kenduri??”

Hampeh...tunggu la sampai putera miss violet jumpa tulang rusuknye yg hilang ni.... time tu semua orang miss violet jemput sampai x cukup khemah.... xoxo (>_<)

"25 oh! masih muda lagi hehehe..."

Materialistik? Materialistik ‘kah’ miss violet nie? Kenapa miss violet terasa? Oh! Kerana miss violet ini seorang ‘perempuan....(satu label)’

Wakakaka...tak de la xceli miss violet tak terasa pun sbb miss violet taw, diri ni sangat x materialistik mahupun plastik...miss violet ini adalah sangat bersederhana dalam apa perkara pun..harta benda bukanlah perkara pertama yang dipandang oleh miss violet...

Ketika miss violet menerjah dan mengstalker blog2 orang laen.. ‘teerrrr’jumpa la beberapa blog yg menceritakan dan melabelkan perempuan zaman sekarang ni materialistik dan plastik...kenapa diorang cakap camtu erk???

Adakah diorang dah soal siasat semua perempuan kat muka bumi ini ataupun itu merupakan orientasi intensional,orientasi tanpa kecuali ataupun penilaian statik seorang lelaki???

Amender la yang miss violet nie sebut erk? hmm...tu semua adalah faktor pemikiran lelaki yg suka melabelkan perempuan=materialistik atau aper saje la.. walhal mungkin beliau(merujuk lelaki berkenaan) mengalami sedikit pengalaman dengan perempuan yg materialistik/plastik lalu terusan melabel “perempuan zaman sekarang materialistik/plastik”... senang betul beliau membuat kesimpulan...seolah2 taw sangat pasal perkara nie...

Hello cik abang sayang....
Dunia dan kehidupan nie sangat komplek tahu??sangat la pelik bila kita seolah2 taw semua perempuan itu materialistik mahupun plastik...

Kalau lepas ni cik abang jumpa lak perempuan perempuan yg baik dan ikhlas...mahu tak cik abang labelkan semua perempuan zaman sekarang baik dan ikhlas???? Pasti x der yg kata gitu....pecaya laaaa...kalau ader pon...cik abang akan tambah ayat kt statement lak... “sesetengah perempuan itu materialistik dan plastik hehehehe...
“realiti itu sentiasa berubah-ubah”

at 12:25 AM Posted by Awek Ninja 0 Comments

Ayat kat tajuk tu adalah dikeluarkan khas oleh adik miss violet setiap kali miss violet menghadapi flu....

Errrkkk asal dia cakap camtu erk?? Huhuhu...jangan le rasa semacam....belum baca abis lagi kan??kan???
Ok!

Seminggu lepas miss violet kene demam dan flu...flu tu adalah jenis virus nyer...ala yg air selalu kuar kat idung tu...(lain erk dgn flu yg bakteria punya!!)...

K..everytime kene flu jenis ni..miss violet mesti gunakan banyak tisu.. tapi tiap kali tu la adik miss violet akan cakap :

“eeee....teruknyer la ko ni kakak,kalo pakwe ko tengok mesti dia x nak kawen dgn ko....ntahpapentah”

Miss violet pon pelik...apasal la dia rasa miss violet ni teruk sangat...rasanya biasa jer... betul ke kalo pakwe atau org laki tengok diorang x nak kawen dengan miss violet???apa salahnyer??
Malu ker??
Miss violet semakin geram dan konpius,mungkin telah lama berdiam diri setiap kali dia cakap camtu....
Akhirnya.......
Miss violet balas balik kat adik, “ Apasal nak malu pulak?? Dari kecik akak dah biasa wat camni,*Guem jan di* pon tiru kakak taw dak????....kalo laki x suke pon ader akak kisah???

Then adik miss violet pon diam...lama dia pikir.... pastu x sampai brape minit dia cakap.... “ *geum jan di* tu COMELLL...!!!!”

Cis hampeh punya adik!! Comel x comel lantak arr....memang sejak kecil lagi miss violet suka wat camtu...ader aku kesah???

Huhuhu... kalo nak taw aper yang miss violet buat sampai dikatakan teruk, haaa...ni lah mendernyer :

yg telah didapati sama dengan kelakuan *geum jan di*
TADAAAAA...memasukkan tisu ke dalam rongga hidung!!!wakakakaka
..

Of cos la dia comeiii....miss violet ni biasa2 jer...
X kan la nk biar kan jer air flu tu kuar ye dak??sehari suntuk pon miss violet boleh sumbat jer tisu tu kat dalam idung....(tapi tukar selalu laaaa....)

So nak tanya la gak kat laki2 kat luar sana...teruk ker perangai ni???betul ker sampai x nak kawen???huhuhu.... jawab jgn x jawab...x nk jawab pon x per...lalalala.... adios \( ^_^)/

ni dah lama terperam dlm inbox miss violet... sbb abah dah nak bwk berukband balik ke kedah,makanye ni entri yg last tuk minggu ni....
ntahpapentah....

1. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.

4. Biar lambat asalkan tak cepat.

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi Abu Bakar.

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

9. Secupak takkan jadi 18 cupak.

10. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.

13. Alang-alang mandi biar guna sabun.

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... BISU!!

17. Hidup segan, mati di tanam.

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis.

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

23. Membujur lalu melintang pukang.

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan.

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blahlah!!

miss violet bukan la peminat MJ pon....tapi ader sowg member mohd syriz pos ni kat facebuk dia soo..... miss violet pon baca laaaa....then pos kat cni...


Cerita ni ada kebenarannya, cuba kita imbas kembali peristiwa yang sama telah berlaku keatas Puteri Diana yang bercinta dengan lelaki muslim. CIA yang menjadi tali barut Yahudi memang cukup licik dalam hal2 ini. Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memburuk dan menghentikan sebarang usaha dakwah, tambahan pula bintang seperti Puteri Diana dan MJ mempunyai jutaan peminat/pengikut diseluruh dunia.

Sebab itulah, ada puak dan kumpulan yang dianggap pengganas oleh Amerika sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk memusnahkan rangkaian kepentingan Amerika/Yahudi. Betapa gobroknya mereka ini, mereka sentiasa menafikan kebenaran dan Al-Fatihah untuk Mikael.

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu". Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England , MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To
Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia..

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun..

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan
membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.


Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA .

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata " Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini".. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic,satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan. Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.


Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik. "Saya suka MJ.... Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya" . Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland.

Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya ALLAH yang tahu..


sooo???aper pendapat korang???

at 4:59 PM Posted by Awek Ninja 5 Comments

Asal entri ari nie semacam je tajuknyer erk?? Hmm...miss violet nak siyus sket kot?haha...

Xceli ader sowang member miss violet kat facebuk ajak join satu group nie..
So...miss violet stalk ler group yg dia suh join tu...

Kt discussion page dia ader la mamat ni gaduh ngan sowang minah kat page tu...memule wat x kisah je kan...biasa lee owg slaloo gaduh kat fb nih..
Then.... ader satu ayat yang x bleh blah dari mamat nih :

Kuang ajo kan??? (asal tetibe miss violet emo nih???)
Kuang ajo sangat2...miss violet rasa la....

Hello...mamat ko x blajar agama ker??sukahati nak menghina org? Siyus miss violet pon terasa taw dak....
Minah tu pon bengang gak...sesaper pon bole bengang...
Miss violet rasa nak cakap jer kat mamat sengal tu “weh! Abes tu ko ingat kening nipis bercukur tu elok sangat la???mengubah2 ciptaan allah tu ko suke la... ?(x der kene mengene ngan org len erk!!! Jgn lak ada yg terasa)

Walhal miss violet tengok minah tu cun jer dengan kening dia yg lebat tu...seswai dengan muka dia yg comel lagi kiut.... adeii....kalo miss violet jumpa mamat mcm tu kat dunia realiti ni,mmg dah lama kene dah mamat tu...

Hampeh...ckp mcm org x berpelajaran...agaknyer mamat ni memang ske mengkritik personaliti orang lain kot sampai terlupa nk tengok diri sendiri.... mengong...


“Jauhkan aku dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan dari manusia yang memperoleh nilai dirinya dengan mencela orang lain..”

Hurmm..asal tajuk camtu erk?? Tah aku pon x paham nape...hehehe...xceli miss violet nk cite sket pasal sorang mamat yg x dikenali nie...

Beep! Mesej masuk dalam enset miss violet..
“hi, leh kenal??”

Miss violet pk....saper lak memalam buta nk berkenalan nih..then miss violet pon balas arrr....
“x per la time kasih jer arr...sekian”
Pastu tetibe mamat tu call(eh!mana taw mamat nie??huhuhu..taw la sbb miss violet dah angkat semalam)

“salam..nk cakap dengan saper???ececeh...lembut je miss violet jawab..
Tapiiii...................
Tetiba mamat nie menengking..
“woi ko ingat ko tu cun sangat ker?aku nk berkenalan,bukan nak wat mende x elok kat ko pon..perempuan perasan x sedar diri! Ko ingat ko bagus sangat ker?????

Duh! Amender la mamat nie kenal pon idak, tah mana la dia taw miss violet cun ke x cun..tetibe nak menyerang....after dat miss violet pon cakap...
“ader aku kesah???”
tooottttt.....
miss violet matikan terus....malas nak layan. Agaknye laki ni psyco kot...dah slalooo sangat kene rejected la tu...

mcm tu ke etika nak berkenalan?? Dol seriusly miss violet mmg x kan layan org pelik2 mcm tu...korang lak camner???


when people going crazy...”

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling

2-Ambil ayat dari hari lahir korang

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!


sye dpt :aku terajang chuck norris di atas motosikal sebab aku seksi dan aku boleh buat....hehe miss violet pon x knal saper chuck norris tu... ;P

Lalala...tajuk x boleh blah..cinta apa yang boleh wat orang terluka??
X taw???
Jawapan nyer adalah cinta 3 segi...yup!!!!cinta 3 segi memang boleh buat orang luka.

I’m gonna tell about my sister love story (not my real sistah ok!).. cinta dia nie kira cinta tiga segi la..ok bg nama dia sis M la....sis M ni dah lama kenal bro A ni..mcm tu gak dengan sis E nie..kira dah lama la..diorang berkawan kot..but dalam bertahun-tahun berkawan bro A nie selalu la tukar-tukar aweQsss...

Al-maklumlaaaa bro A nie kira HoTTzZz..la sangat...
Yang dua orang sis nie Cuma jadi kawan smpingan dan tempat meluah perasaan...
Well-well nak tanya, kalo la dpt kwn lelaki camni apa perasaan korang???
At least we need gak attention dari guy yang hot tu kan??even dia anggap kita kawan,serba sedikit mesti la ada rasa cinta...betul x???
X betul??
X kisah la..tapi aku rasa memang mcm tu...semua perempuan mcm tu..Cuma cara jer berbeza.

Ok sambung balik, then one day bro nie dah la buhsan agaknyer asyik bertukar2 chenta..dia g cakap la kat sis M ni yang dia nak ajak kawen...

Kawen???

Pucuk dicita ulam mendatang la kat. Mentelah sis M ni dah lama ader hati, siap doa kat mekah gitu..tapiiiiii...belum sempat sis M bagi jawapan.....(dalam seminggu) bro A ni tetiba dia cakap kat Miss violet dia menyesal tanya sis M pasal kawen tu sedangkan dia cinta kat sis E.....tapiiiiii... dia sayang gak kat sis M nie..

HELLO!!! Tamak nyer bro A ni...Miss violet sbg gurl sgt la sakit hati bila laki camni mainkan perasaan perempuan...tp control n dengar je la citer ni..

Sorry to say, miss violet mmg x ske dgn sis E.......kenapa?? sbb miss violet taw sis E ni suka main tarik tali(main prasaan)....selain tu......semua couple2 bro A meninggalkan dirinye(bro A) kerana mulut sis E ni..
Oh! Gurl mcm nie pon bro A nak.....??? miss violet mmg xpaham... rupanya hal nak kawen yg disebut bro A kepada sis M benar2 memberi kesan kat dia....
Saper x makan ati...ajak kawen tetiba cakap suka kat org len, kawan baik sendiri lak tu..

At last miss violet cakap jer kat sis M, lupakan jer bro A tu...dia x pantas untuk sis M yg berhati baik nan ayu...mungkin nnt ader laki yg lebih baik untuk sis M...walaupon miss violet taw susahnyer sis M ni nak lupakan bro A yang dah lama dia cinta tu.....

Now diorg dah x brape nk berkawan lagi....seingat miss violet...sis M dah buang semua kenangan dan number telefon bro A....walaupon miss violet taw number bro A still dalam ingatan sis M...

“cinta tiga segi, tolong jauhi aku!!!!”

Have u ever obses with anything??
Miss violet nak cerita pasal obsesi seorang perempuan kepada seorang lelaki....

1st ly how do we know dat w’re on obsession??? Senang jer..
1. bila lelaki yang kita suka n fall in love tu kita kacau dia tiap waktu
2. simpan mesej si dia walaupon ayat dia x penting cam ‘TQ’
3. simpan gambar si dia x kira kat mana2 pon jumpa
4. amik gambar curi-curi
5. tengok curi-curi
6. selalu terbayang-bayang bakal berpacaran dengan si dia
7. u tell em’ that u loved em’

wah, mana taw nie??pernah obses ke??
Ok, miss violet akui pernah obses sekali,masa tu umur 19 tahun. Miss violet obses with someone called Mr.Y....memula ingat suke cam biasa2 je la kan kat Mr.Y nie alih-alih miss violet baru tersedar yang miss violet dah terobses dengan Mr.Y nie......
Bila?
When ade orang nak masuk pinang miss violet, i call Mr.Y dan tell him dat i love him. I don’t wanna married person yang bakal masuk meminang tu. Siap nangis lagi..masa tu umur miss violet 22. So Mr.Y sangat la terkejut dengan kenyataan miss violet tu..dan dengan tenang dia cakap “saya bkn orang yang terbaik untuk awak, mungkin lelaki itu sudah tertulis sebagai pasangan terbaik yang tercipta untuk awak”
Well done!!! Hahaha...miss violet rasa kelakar la pulak bila pikir balik
But now, miss violet dah x obses dengan mana2 lelaki pon. Yang disukai pon x der, yang dicintai pon x der...mungkin lebih selesa begini..
Apa hal dengan mamat yang masuk meminang tu??
Seriously, time tu miss violet x rasa gatal lagi nak berkahwin. Dan jarak umur kami sangat berbeza..dengan erti kata lain..lelaki itu x tercipta untukku hahaha...sebab dia dah kawin dengan orang lain pon...
Dan Mr.Y
Hmm..Mr.Y erk?? pada awal nyer miss violet rasa malu dan mula hindarkan diri and give a lot msg to say sorry bout what happend dan berhasrat x kan ganggu life dia lagi...but at last... i think why should i wat camtu kan...? then, miss violet start contact dia but x la mcm dulu...dah x der bg msg pon kecuali hari raya je kot..kalo ader sembang pon pasal kerja...x lebih dari tu...
Lagi pon Mr.Y dah ada awek yang bakal jadi isteri dia and miss violet tumpang happy kat dia..
I do realize yang obsesi itu bukan cinta sebab cinta memerlukan ikatan dua hati.. obsesi ni kalo x bendung pasti bahaya taw.nak taw kenapa miss violet cakap camni??? Tunggu la nnt miss violet citer erk...

“obsesi cinta manusia bisa memberikan kekecewaan dan pengharapan yang tiada penghujungnya.....”

Salam...whut about trust huh??? Macam x der tajuk lain jer nak citer..ooo...yeah memang x der. Miss violet adalah adalah seorang yang tak percayakan sesiapa pun 100%.
Eh,nape gitu?
Well....it’s just my atitude lorr...no matter what you say..that’s what i am.

If, miss violet have a problem pada sape mis violet nak refer@ percaya untuk ceritakan semua masalah tu? Hm..actually, miss violet ada weird teknik for this solution..1st miss violet akan call sorang member n tell them my prob..........
Eh, kata x percaya sesiapa tapi call member gak??
Ok, camni..mmg le call member tapi cerita prob yang fake, not 100% da real prob..
faham?
Dalam citer tu 5% jer citer yang betul. Then i start call member yang lain dan buat perkara yang sama with a different story but da same prob ...

You’re lying!!
Wow berat tuduhan tu!! Miss violet x rasa camtu pon. I’m doin’ dat bcoz tak nak rasa terbeban dengan masalah yang menimpa sambil tu keep da problem still as a secret.
Secret ke kalo dah 5% cerita kat orang?
95% secret kot, hahaha...x kisah la orang nak kata apa pun janji member2 miss violet percaya tiap masalah yang miss violet citer dan sedikit beban dah hilang.

Hmm..bkn aper..kekadang bile kepala kita penuh dengan masalah tentu la kita cari seseorang tuk dengar masalah kita tu kan?masalah nyer bile kita dah citer tu(kalo citer 100%) mesti ader yang x simpan citer kita tu.malahan tersebar-sebar jauh sampai kawan2 lain pon taw cerita kita tu.
Kan ke x best???
Dat why i don’t belive ‘PEOPLE’ 100%...
Abis kalo x cayer kat orang nak percaya sape lagi??

ALLAH S.W.T kan ada? So cerita la semua masalah pada allah,kerna allah sentiasa mendengar rintihan dan masalah hamba2 Nya..
Hey aper pon, we still need people around us rite??
Cuma janganlah percaya kat orang tu 100%.... at least letak la 50%, sbb kalo letak kepercayaan 100% nescaya bila satu hari nanti diorang stab ur back...barula korang akan rasa menyesal x sudah....

“ mempercayai seseorang sepenuhnya bakal diikuti dengan pengkhianatan”

"But there is not enough time, and there is no, no song I could sing and there is no combination of words I could say but I will still tell you one thing..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"....for the way you changed my plans, for being the perfect distraction, for the way you took the idea that i have of everything that i wanted to have and made me see there was something missing.....(you are bloody awesome. i hate u man. I HATE U)"

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Di depan sekali tuan menanti, tak gentar. lawan banyaknya seratus kali. Pedang di kanan, keris di kiri, berselempang semangat yang tak bisa mati."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"im giving them a picture of the reason why."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"true love requires you to go through unimaginable obstacles and making great sacrifices. in the end where you least expecting it'll comes and rejoice your life."