Pages

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ. أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tangan-Mu keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil.

Aku mohon kepada-Mu dengan tiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku.” -Riwayat Ahmad


kebetulan aku sedang berdukacita,ustaz zahazan post lak kat page dia doa nie...

at 1:39 PM Posted by Awek Ninja 1 Comment

oleh kerana aku terlalu runsing pasal ayah, aku dh terlepas satu ujian kelayakan di majlis perbandaran seberang perai yang berlangsung semalam
kerunsingan aku bertambah bila demam ayah aku x sembuh2 lagi dan proses kimoterapi terpaksa ditunda sehingga ayah aku baik dari demam dan paras darah putih kembali normal..

tambah lagi makcik yang aku sayang disahkan menghidap penyakit kanser payudara semalam....aku rasa semua ni satu tamparan hebat buat seluruh ahli keluarga aku dan makcik aku... makcik aku cakap, doktor pelik sbb makcik aku tenang aje..selalunya bila ader orang disahkan penyakit tu pasti menangis x henti2...

aku agak makcik aku menerima semuanya dengan redha,makcik aku senyum je semalam...tapi lain hal dengan anak lelakinya yang sebaya adik bongsu aku...lepas solat maghrib jer dia terus meraung,menangis tak henti...sungguh aku pun menangis...tapi menangis dalam hati...

kejadian ayah aku yang jatuh tempoh hari masih memberi kesan pada diri aku...tiap malam aku menangis dan memohon kepada ALLAH semoga diberi kekuatan dan kesembuha pada ayah aku.......

mak,ayah& makteh....kakak sayang korang semua



subuh tadi..
aku terdengar mak memanggil ayah..
sangat kelam kabut..
hati aku berdebar-debar...
mak keluar dari bilik..
"along..along..ayah jatuh"
aku terkejut,terdiam,kaki aku lemah..tangan aku menggeletar..
aku tengok ayah...terbaring diatas lantai...
aku betul 2 x taw nk buat apa...
mata aku mula bergenang...
tapi aku tengok along aku tenang aje..
camtu gak adik-beradik aku yang lain...
aku taw semua orang dalam rumah dah mula risau.."dalam hati"
along aku yang tenang..masih memangku ayah..
"amik ubat dalam bekas tu" kata along..
tangan aku terketar2 mengambil ubat

kemudian aku solat subuh sambil memohon kepada allah
semoga ayah aku diberi kekuatan menghadapi penyakit yg sedang dialami
x lama lepas tu aku tengok ayah bangun...
trus ke katil dan baring..
mak cakap demam ayah kuat..
mungkin ayah jatuh sebab suhu badannya menurun tiba2 ketika ayah mandi untuk solat subuh
kaki aku yang lemah tadi beransur2 hilang...
dalam hati aku terus berdoa agar ayah akan sembuh

esok ayah kimo lagi
kali ni ubat kimo lebih kuat
kalau tengok kulit ayah aku,dah merah sangat macam bayi baru lahir
semuannya sebab ubat kimoterapi

kalian yang membaca entri ini
aku mohon...doakan ayah aku semoga cepat sembuh dari penyakit kanser lipoma ini

aku sangat sayang ayah dan mak aku.. :'(

at 5:32 PM Posted by Awek Ninja 4 Comments

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
para pencinta Allah....kalau saya salah tolong betulkan...

ceritanya begini:

seorang lelaki telah salah menghantar mesej kepada aku, tapi x lama kemudian dia bertujuan lak nak berkenal2an...oleh sebab aku x brape nak layan lelaki tersebut.lelaki itu kemudian mempermainkan istilah السلام عليكمورحمة الله وبركاته

dia tanya aku kenapa w.b.t tu x ditukar jer dengan wth(what the hell)?
lalu aku membalas "tu pasal pentingnya islam education..pi blaja agama balik..."

oleh kerana lelaki ini tidak berpuas hati kerana aku suh dia pi blaja agama balik,dia ajak ku berdebat dan bertanyakan pada aku "apa itu ka'bah?"

ok disini sudah terang lagi nyata aku tulis " ka'bah adalah kiblat bagi orang islam"

disebabkan lelaki ini masih tidak berpuas hati dia tanyakan aku lagi "ka'bah diperbuat dari apa?"

untuk ringkasan disini aku tuliskan bahawa ka'bah terdiri dari "binaan konkrit,marmar,tali kiswah,besi baja dan kain hitam"

lelaki tersebut masih tidak berpuas hati dan membalas " ka'bah diperbuat dari batu,cina sembah batu,kalo camtu kita pon sembah batu la?"

nah..terdetik dihati aku lelaki ini seakan tidak mengenal islam langsung..dan aku merasakan lelaki ini telah tertutu pintu hatinya..tp cpt2 aku beristigfar dan mendoakan agar lelaki tersebuk akan mendapat hidayah dari allah...

kemudian aku membalas "ka'bah tu merupakan rumah allah dan juga merupakan kiblat bagi orang islam,orang islam bukam sembah batu tapi sembah ALLAH s.w.t...ka'bah itu hanyalah arah kiblat ketika kita solat,bayangkan apabila org Islam melaksanakan solat secara beramai-ramai atau berjemaah, sekiranya setiap individu mghadapkan diri mengikut arah masing2 secara sesuka hati. Apakah yg akan terjadi??? Tentunya jadi kucar-kacir & tak teratur… sorang menghadap ke kanan, sorang lagi ke kiri pastu ada yg brtembung sesame sendiri..

“Palingkan mukamu kearah Masjidilharam. Dan dimana sahaja kamu berada, palingkan muka mu kearahnya (Kaabah / Masjidilharam) ketika bersolat ” (Surah al-Baqarah 2 : 144)

lelaki ini masih juga tidak berpuas hati dan menganggap penjelasan aku semua karut marut,dia hanya percaya yang ka'bah diperbuat dari batu..oleh kerana dia menggangap aku hanya omong kosong maka lelaki ini menukar soalan " apa itu ISLAM?"

aku balas "islam itu agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia"

sekarang dia pertikaikan aku pulak, katanya " agama islam dibawa oleh rasullulah berpandukan al-quran dan hadith"

aku balas kat dia dan katakan definisi yg dia minta pada aku adalah 'ISLAM'  bukan 'AGAMA ISLAM'... kalau dia mahu aku menerangkan makna AGAMA ISLAM itu sendiri pasti aku dah balas " agama yang mentauhidkan Allah, Tunduk dan Patuh KepadaNya serta Patuh KepadaNya serta menunaikan semua ajaran yang menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W "

lelaki ini masih juga tidak berpuas hati dan mengatakan "awak atau saya hanya dipisahkan oleh satu garis yang halus...bila2 masa awak boleh berada dibawah"

oleh kerana dia merasakan dia bagus sanggggat aku pon tanya dia balik :

1.kenapa kita perlu solat 5 waktu?
2.kenapa tiap rakaat berbeza?
3.dalam hari ni pernah awak meninggalkan solat?
4.kenpa awak samakan binaan kaabah dengan patung yang cina sembah?

ni jawpan lelaki tu :

1.solat adalah salah satu senaman sihatkan badan,akal fikiran dan emosi
2.perbezaan rokaat adalhmenunjukkan bezany waktu perubahan masa bagi manusia melakukan tahap penerimaan senaman badan
3.???? dia x jawp pon
4.???? langsung x jawap

lepas tu lelaki tersebut terus diam dan x balas langsung mesej aku...
aku baru jer nak balas kat dia "sekarang awak fikirkan antara garisan halus yang awak cakap tu dimana kedudukan awak?" tp x jadi lak aku nk hantar mesej tu sebab lelaki tu dah terus sepi,senyap dan sunyi...

jadi kepada para pencinta ALLAH, TOLONG BETULKAN AKU KALAU2 AKU TERSALAH MEMBERI PENERANGAN&TERSALAH TEGURAN KEPADA LELAKI TERSEBUT...AKU NIE HANYA INSAN YANG KERDIL..MUNGKIN ADA JAWAPAN YANG AKU BERIKAN TU TAK BETUL DAN TAK SESWAI....


SILE KOMEN DAN BERI PENDAPAT YANG BAIK UNTUK AKU MEMPERBAIKI DIRI AKU INI


SEKIAN

SKE TGOK MOVIE???
HMM....


SLALOO MISS BILER ADER MOVIE BARU KELUAR???
HMMM...


MOVIE X KUAR KAT PAWAGAM MALAYSIA??

PE KATE KORANG G INTAI2 KAT

MOVIE-TORRENTZ DOT COM


APER???

X LEH SIGNUP???

BIOR BETUL???

AH!! CAMNI LER..AKU BERBESAR HATI BAGI KAT KORANG INVITATION


TAPIIIII......

KORANG KENE BAGI AKU 5 SEBAB KENAPA KORANG NAK AKU INVITE

N

BLOG KORANG HARUSLAH SENTIASA REVIEW MOVIE YANG KORANG DA TENGOK...

X BLEH BLAH KAN??

OK SYARAT KEDUA TU TOLAK TEPI...

TAPI AKU LEBIH MENGUTAMAKAN ORANG YANG MINAT MOVIE

DAN YANG PENTING AKU X JUAL INVITATION NI OK!!

ERR....KAT SITU X DER CITER MELAYU

SOOO......KALO KORANG MINAT CITER MELAYU 

SORI ERK...PI CARI TEMPAT LEN



at 11:13 PM Posted by Awek Ninja 0 Comments

ah! maaf ini entri dituju khas untuk stalker yang sedang bersembunyi dan selalu jer tengok2 blog aku .... aku taw ler stalker tersebut x penah komen ke atau wat mende x elok...tapi aku rase ader baiknye la kan. .kalo ko perkenalkan diri kat aku...x yah ler susah2 ko nak taip name blog aku yang x brape femes kat incik google...kan senang kalo ko trus add @ jadi jer follower aku..abis citer kan??kan??


ah! lagi satu ye....aku taw jugak ko ni follow aku dari blog lama aku yang dah lame aku tutup gara2 ader segolongan manusia yang pi citer pasal blog aku sana sini walaupon citer2 tu hanya untuk omongan kosong golongan manusia tersebut jerrrrr.....

hmmmm...camni la ye..kamooo si stalker....dengan beraninyer aku cabar ko telepon aku dan perkenalkan diri....dan ce cite sket apasal ko ske sangat stalker blog aku nih....

125750412

konpem ko x brani col aku..

sekian

hari ni rase sayu sket kt kampung makcik aku nih..
manakan tidak..junior aku mase sekolah dulu meninggal malam tadi..
yg sedihnya ...org kampung x taw dia meninggal sebab apa pasal time orang jumpa dia...
dia dah terjatuh dari motor yang dia bawa..
hmmm...muda lagi da...dijemput ALLAH untuk pulang ke sisi-Nya
camni la aku..bila ader orang sakit ke,meninggal ke kekadang aku rasa aku yang hidup di muka bumi ni dah x lama...
terkadang sampai menggeletar dan lemah kaki aku memikirkan betapa lemah,berdosa dan hinanya aku kerana tidak cukup membuat amal untuk bekalan aku ke akhirat, betapa malunya aku kepada ALLAH  kerana sentiasa lupa dan leka...
Ya ALLAH ampunkanlah dosa2 kami  Ya ALLAH...

AL- FATIHAH kepada allahyarham SYAHRINAL AMIN BIN HUD



LAPARNYERRRRRRRR....
nk makan kek nie arr...
da ade depan mata pown 
jemput makan ye kawan-kawan
menu tengahari ini :

strawberry cake :P

at 8:19 AM Posted by Awek Ninja 0 Comments

sedang aku melepak2 tetiba adik aku tanya "kakak android tu ape?....."
"apsal ko tanya?" balas aku..
"bkn pe ni ha kawan aku tanya.."
"ooooo... android tu bla...blah...blah....(aku terangkan kt adik aku)"
aku yg masih x puas hati tanya lagi "apasal kawan ko tanya kat ko?...."
"ntah....katanya berbulu tengok si nina(bkn nama sebenar) post kat fasebuk guna andriod..."
"ait camtu lak?? kan ke si nina tu da lama keje, bgus arr dia beli tablet pc (android) untuk kerja2 dia tu.... rasenyer dia bkn la ske menunjuk2 kan??? apsal kawan ko tu berbulu sangat?"
"dia mmmg camtu...x leh tengok si nina tu lebih sket...."
"laaa ader lagi orang camni kat dunia erk???camne la ko boleh kawan dengan dia???pelik ah aku rase???
adik aku diam......

??????????

Daripada az-Zubair telah bersabda Nabi: "Telah merebak kepada kamu semua penyakit umat-umat yang sebelum kamu iaitu; hasad dan kebencian". Dalam Sohehain Nabi bersabda; "Janganlah kamu saling berbencian, janganlah saling memutuskan persaudaraan, janganlah saling memalingkan muka, jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara." Dalam hadis yang lain Nabi berkata; "Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api."

Disebutkan dalam hadis tentang punca yang menyebabkan seseorang itu memasuki Syurga Allah, sabda Nabi bermaksud; "Akan muncul kepada kamu daripada kaki bukit ini seorang lelaki yang merupakan antara penghuni Syurga, maka muncullah seorang lelaki lantas lelaki itu ditanya tentang amalannya lalu lelaki itu berkata; sesungguhnya aku tidak dapati dalam diri aku ini pembohongan dan juga hasad dengki terhadap kaum muslimin yang dikurniakan kebaikan daripada Allah."

Imam Ibnu Sirin berkata; 'Aku tidak dengki dengan seseorang keatas sesuatu yang berkaitan dengan dunia, kerana jika dia dikalangan ahli Syurga maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia dan dia sedang menuju ke Syurga. Jika dia dikalangan ahli Neraka maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia lantas dia sedang melalui jalan ke Neraka. Iblis telah berkata kepada Nuh alaihissalam, janganlah kamu sesekali berhasad dengki sesungguhnya ianya telah menjadikan aku seperti sekarang ini."

Faktor yang membawa kepada hasad dengki;

1) Permusuhan

2) Takabbur

3) Sifat ujub ataupun banggga diri

4) Cintakan pangkat dan kedudukan

5) Jiwa yang kotor

6) Benci membenci

dah dkt 2 minggu aku duk umah makcik aku...sbb dah x der keje..jadi aku amik arr gambo kucing kat umah makcik aku hehehe...meh tengok comei ker idak kucing yg asalnyer terbior ni huhuhuhu (^^,)




Friday, June 3, 2011 at 9:05 AM Posted by Awek Ninja 0 Comments

aku taw pasal cepet ni pon pasal makcik aku kawen dengan orang jawa...... so bile jer ader orang kawen cepet nie mesti muncul....aku x pernah pown mengadap cepet nie,bukan pasal penakut tapi dengar2 cerita org kampung la kan, selain cepet nie ader gak hantu yg betul2 menumpang main sama...so...kalo korang jumpa cepet manusia ok lagi la kan??? paling tidak ko terkejut beruk nak mampus...tapi kalo jumpa hantu yang betul cane???kene lak ko ader sakit jantung haaaaa...amik ko...nie antara gambar yang sempat sepupu aku amik time sepupu dia kawen..... meh tengok takot ke idak :





barusan tadi aku habis nonton cerita KITAB CINTA di TV ALHIJRAH...sebenarnya aku mmg tunggu citer ni keluar so...awal2 lagi aku dah duduk depan tv lepas jer habis bace yassin (kurang asam kan???? dari ukhrawi terus ke duniawi hehehe....)

sebenarnya aku x taw pon citer ni diadaptasi dari novel Taufiqurrahman al-Azizy yg bertajuk Kitab Cinta..sungguh aku da lama x baca novel berbahasa melayu sejak aku meninggalkkan keje di sebuah kedai buku di klcc... aku sebenarnya tertarik nak tengok citer ni pasal iklan kat TV ALHIJRAH, tambahan pulak Fazura yg berlakon (tp aku bkn la kipas susah mati dia 100% hehehe..)

oleh kerana aku x penah baca novel karya Taufiqurrahman al-Azizy jadi kat sini aku bagi sikit sinopsis citer dia yang aku search kat mr.google.....



Sinopsis Kitab Cinta dari Novel Taufiqurrahman al-Azizy

Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.

Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.

Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.

Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.

Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.

Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.


oh! yg kat atas tu sinopsis untuk novel ya! yg untuk tv nyer dia da ubah la sikit kowt? kan? tambahan pula pengarahnya Erma Fatima...pasti ada sesuatu yg berlainan sedikit..


DRAMA KITAB CINTA
TV Al-Hijrah (TV ASTRO SALURAN 114)
Mula Tayangan: 1 Jun 2011
Masa Tayangan: 8.30 malam
ADAPTASI NOVEL: KITAB CINTA (Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha)

Nur Fazura : Mustika
Hardy Hartono Danurussami : Wali
Feri Agus Suriandi : Irfan

episod 1 :(bukan sinopsis sekadar pemerhatian aku)

ok yg aku tengok tadi pada awal watak fazura sebagai gadis ayu yg menjadi kesayangan ayahnya,(panggil baby lagi kau)...mustika (watak fazura) dan 3 orang sahabatnya dihantar ke aceh oleh profesor mereka untuk membuat tugasan dan untuk melihat sendiri kehidupan masyarakat disana selepas kejadian tsunami..mustika sangat mengagumi semangat orang indonesia yang begitu cekal dan tabah....

antara quote yg aku ingat dalam drama tu tadi :

ketika irfan menerangkan kenapa acheh mengikut syariat islam mustika membalas
" akhirnya orang takutkan hukuman dan bukan sebab takutkan ALLAH "

"nak pakai tudung biarlah kerana tuhan ,bukan kerana syok pada lelaki..."

" aku bab tudung ni........berkuap pakai tudung taw tak??(kawan mustika)

" orang pakai tudung nak tutup aurat, bukan nak mengorat" (dibalas kawan mustika yg lain)


dah nak last2 tadi barulah mustika jumpa dengan watak wali si penggembala kambing dan juga seorang yg kuat agama(mungkin boleh digelar ustaz)...tapi yg pasti watak atikah pasti menambah keributan dek kerana atikah terlalu mengejar cinta Wali sehingga tidak membenarkan sesiapa pun merebut wali darinya.....

okeh pada sesiapa yang baru nak tengok citer ni masih belum terlambat....mungkin cerita nie boleh jadi hit mcm DRAMA NUR KASIH....






at 4:38 PM Posted by Awek Ninja 2 Comments


okeh rentetan daripada aku pegi interview itu hari, walaupon aku dapat keje tu tetapi aku terpaksa menolak pekerjaan tersebut dengan alasan waktu balik kerja yg terlalu lewat dan multi tasking mengalahkan org bergaji besar walhal gaji yg ditawarkan tidak setimpal.baik diorg buat iklan tu semula...patot arr aku tengok kedai tu sepi jer...agaknya ramai org tolak kowt tawaran keje tu...


okeh ...berbalik ke tajuk asal....

sedang aku kesakitan kaki yang teramat sangat, akibat memakai kasut 2 1/2 inci.. (maaf aku da lama x pakai kasut bertumit jadi tu pasal la kaki aku sakit)...ini semua gara2 tuntutan kerja yg aku mintak tu la...(kan senang kalo pi interview boleh pakai kasut sport)...

tiba-tiba.....

aku dengar seorang awek cakap kat pakwe dia.... "u....u nak taw x? kalo pakai kasut mcm tu...(muncung mulutnya menghala ke aku..) bawak pulak beg trevelers camtu,siap lak dengan air peel fresh kotak camtu...mmg best taw u.....hehehehe"

huh? pakwe dia terpingga2... aku menoleh tengok muka dia.....

eh! kurang ajar betol budak nie...berani mengata aku depan2 aku laks???? aper masalah dia????
mulut cam ***** betul mengata aku kat depan2....x pulak minta maaaf...tapi tersenyum 2 cam kerang busuk...pakwe dia laks yg tundu tanda malu @minta maaf pada aku...

aku terfikir....apehal la budak pompuan sorg nih...agaknya.....hmmmm....malas arr aku nk tulis nnt citer2 aku pown 2x5 mcm budak tu jugak...

jadi korang agak apasal minah tu kutuk aku???

* aku x jatuh gambo tu sajer jer tuk tatapan hehehe....

at 4:01 PM Posted by Awek Ninja 0 Comments

Hari isnin lepas aku pi interview...mmg lah excited giler.... kul 9.30 aku da gerak dari shah alam, pastu lepak sat kat kl sentral n klcc sebelum aku meredah berjalan kaki ke pavillion...


serius mmg penat giler sebab aku pakai kasut tumit 2 1/2 inci meredah ke pavillion... sampai ke tempat interview tu aku awal 1/2 jam so abang kat tempat tu suh aku jalan2 lagi...ceh hampeh betul...


eh! jap...aku nak citer pasal mender nie?? lari tajuk da... okeh aper2 pown aku mmg penat giler arr kan sampai kakak yg jaga line tu tegur aku... "adik ni salah line,nak keluar ikot sana". konpem aku mamai giler pasal dah penat sbb dari pagi aku x makan dan minum sampai la kul 2 ptg...

ok nie citer yg sebenar....sbb aku penat sangat la..aku pown sesaje bg msg kat incik densha otoko ,lebih kurang macam ni lah(aku da buang msg tu) "weh aku pi kino cari ko tadi, pastu baru aku ingat ko da x keje kat situ"

siyes giler aku belum hilang ingatan mahupon clumsy x tentu pasal..tetapi yg nie aku mmg bagi msg utk memain jer dengan erti kata aku menipu dia...cadangan asal aku bg msg tu adalah untuk mengajak incek densha otoko makan dengan aku di kl sentral tp tah cane leh lari tajuk hahahaha...

pastu incik densha otoka balas "apa keje la pegi kino cari aku,ingt aku buku ke haha. "

x kisah la yer incek densha otoko...mau anggap aku ni seorg yg kelakar ke aper ke...tapi disebalik semua tu aku tipu ko jer.sungguh aku bkn sajer nak tipu...niat asal nak blanja ko makan tapi lain lak yg aku sms kat ko kan? kan? hehehe.pade incik densha otoko yg bace blog nih aku nk mintak maap no pasal aku saje jadi org yg kelakar* (mcm yg ko cakap akt aku mase aku call ko tu hehehe)