Pages


barusan tadi aku habis nonton cerita KITAB CINTA di TV ALHIJRAH...sebenarnya aku mmg tunggu citer ni keluar so...awal2 lagi aku dah duduk depan tv lepas jer habis bace yassin (kurang asam kan???? dari ukhrawi terus ke duniawi hehehe....)

sebenarnya aku x taw pon citer ni diadaptasi dari novel Taufiqurrahman al-Azizy yg bertajuk Kitab Cinta..sungguh aku da lama x baca novel berbahasa melayu sejak aku meninggalkkan keje di sebuah kedai buku di klcc... aku sebenarnya tertarik nak tengok citer ni pasal iklan kat TV ALHIJRAH, tambahan pulak Fazura yg berlakon (tp aku bkn la kipas susah mati dia 100% hehehe..)

oleh kerana aku x penah baca novel karya Taufiqurrahman al-Azizy jadi kat sini aku bagi sikit sinopsis citer dia yang aku search kat mr.google.....



Sinopsis Kitab Cinta dari Novel Taufiqurrahman al-Azizy

Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.

Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.

Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.

Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.

Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.

Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.


oh! yg kat atas tu sinopsis untuk novel ya! yg untuk tv nyer dia da ubah la sikit kowt? kan? tambahan pula pengarahnya Erma Fatima...pasti ada sesuatu yg berlainan sedikit..


DRAMA KITAB CINTA
TV Al-Hijrah (TV ASTRO SALURAN 114)
Mula Tayangan: 1 Jun 2011
Masa Tayangan: 8.30 malam
ADAPTASI NOVEL: KITAB CINTA (Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha)

Nur Fazura : Mustika
Hardy Hartono Danurussami : Wali
Feri Agus Suriandi : Irfan

episod 1 :(bukan sinopsis sekadar pemerhatian aku)

ok yg aku tengok tadi pada awal watak fazura sebagai gadis ayu yg menjadi kesayangan ayahnya,(panggil baby lagi kau)...mustika (watak fazura) dan 3 orang sahabatnya dihantar ke aceh oleh profesor mereka untuk membuat tugasan dan untuk melihat sendiri kehidupan masyarakat disana selepas kejadian tsunami..mustika sangat mengagumi semangat orang indonesia yang begitu cekal dan tabah....

antara quote yg aku ingat dalam drama tu tadi :

ketika irfan menerangkan kenapa acheh mengikut syariat islam mustika membalas
" akhirnya orang takutkan hukuman dan bukan sebab takutkan ALLAH "

"nak pakai tudung biarlah kerana tuhan ,bukan kerana syok pada lelaki..."

" aku bab tudung ni........berkuap pakai tudung taw tak??(kawan mustika)

" orang pakai tudung nak tutup aurat, bukan nak mengorat" (dibalas kawan mustika yg lain)


dah nak last2 tadi barulah mustika jumpa dengan watak wali si penggembala kambing dan juga seorang yg kuat agama(mungkin boleh digelar ustaz)...tapi yg pasti watak atikah pasti menambah keributan dek kerana atikah terlalu mengejar cinta Wali sehingga tidak membenarkan sesiapa pun merebut wali darinya.....

okeh pada sesiapa yang baru nak tengok citer ni masih belum terlambat....mungkin cerita nie boleh jadi hit mcm DRAMA NUR KASIH....






0 Responses so far.

Post a Comment