sedang aku melepak2 tetiba adik aku tanya "kakak android tu ape?....."
"apsal ko tanya?" balas aku..
"bkn pe ni ha kawan aku tanya.."
"ooooo... android tu bla...blah...blah....(aku terangkan kt adik aku)"
aku yg masih x puas hati tanya lagi "apasal kawan ko tanya kat ko?...."
"ntah....katanya berbulu tengok si nina(bkn nama sebenar) post kat fasebuk guna andriod..."
"ait camtu lak?? kan ke si nina tu da lama keje, bgus arr dia beli tablet pc (android) untuk kerja2 dia tu.... rasenyer dia bkn la ske menunjuk2 kan??? apsal kawan ko tu berbulu sangat?"
"dia mmmg camtu...x leh tengok si nina tu lebih sket...."
"laaa ader lagi orang camni kat dunia erk???camne la ko boleh kawan dengan dia???pelik ah aku rase???
adik aku diam......
??????????
Daripada az-Zubair telah bersabda Nabi: "Telah merebak kepada kamu semua penyakit umat-umat yang sebelum kamu iaitu; hasad dan kebencian". Dalam Sohehain Nabi bersabda; "Janganlah kamu saling berbencian, janganlah saling memutuskan persaudaraan, janganlah saling memalingkan muka, jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara." Dalam hadis yang lain Nabi berkata; "Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api."
Disebutkan dalam hadis tentang punca yang menyebabkan seseorang itu memasuki Syurga Allah, sabda Nabi bermaksud; "Akan muncul kepada kamu daripada kaki bukit ini seorang lelaki yang merupakan antara penghuni Syurga, maka muncullah seorang lelaki lantas lelaki itu ditanya tentang amalannya lalu lelaki itu berkata; sesungguhnya aku tidak dapati dalam diri aku ini pembohongan dan juga hasad dengki terhadap kaum muslimin yang dikurniakan kebaikan daripada Allah."
Imam Ibnu Sirin berkata; 'Aku tidak dengki dengan seseorang keatas sesuatu yang berkaitan dengan dunia, kerana jika dia dikalangan ahli Syurga maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia dan dia sedang menuju ke Syurga. Jika dia dikalangan ahli Neraka maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia lantas dia sedang melalui jalan ke Neraka. Iblis telah berkata kepada Nuh alaihissalam, janganlah kamu sesekali berhasad dengki sesungguhnya ianya telah menjadikan aku seperti sekarang ini."

Faktor yang membawa kepada hasad dengki;
1) Permusuhan
2) Takabbur
3) Sifat ujub ataupun banggga diri
4) Cintakan pangkat dan kedudukan
5) Jiwa yang kotor
6) Benci membenci
Post a Comment