Pages

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
para pencinta Allah....kalau saya salah tolong betulkan...

ceritanya begini:

seorang lelaki telah salah menghantar mesej kepada aku, tapi x lama kemudian dia bertujuan lak nak berkenal2an...oleh sebab aku x brape nak layan lelaki tersebut.lelaki itu kemudian mempermainkan istilah السلام عليكمورحمة الله وبركاته

dia tanya aku kenapa w.b.t tu x ditukar jer dengan wth(what the hell)?
lalu aku membalas "tu pasal pentingnya islam education..pi blaja agama balik..."

oleh kerana lelaki ini tidak berpuas hati kerana aku suh dia pi blaja agama balik,dia ajak ku berdebat dan bertanyakan pada aku "apa itu ka'bah?"

ok disini sudah terang lagi nyata aku tulis " ka'bah adalah kiblat bagi orang islam"

disebabkan lelaki ini masih tidak berpuas hati dia tanyakan aku lagi "ka'bah diperbuat dari apa?"

untuk ringkasan disini aku tuliskan bahawa ka'bah terdiri dari "binaan konkrit,marmar,tali kiswah,besi baja dan kain hitam"

lelaki tersebut masih tidak berpuas hati dan membalas " ka'bah diperbuat dari batu,cina sembah batu,kalo camtu kita pon sembah batu la?"

nah..terdetik dihati aku lelaki ini seakan tidak mengenal islam langsung..dan aku merasakan lelaki ini telah tertutu pintu hatinya..tp cpt2 aku beristigfar dan mendoakan agar lelaki tersebuk akan mendapat hidayah dari allah...

kemudian aku membalas "ka'bah tu merupakan rumah allah dan juga merupakan kiblat bagi orang islam,orang islam bukam sembah batu tapi sembah ALLAH s.w.t...ka'bah itu hanyalah arah kiblat ketika kita solat,bayangkan apabila org Islam melaksanakan solat secara beramai-ramai atau berjemaah, sekiranya setiap individu mghadapkan diri mengikut arah masing2 secara sesuka hati. Apakah yg akan terjadi??? Tentunya jadi kucar-kacir & tak teratur… sorang menghadap ke kanan, sorang lagi ke kiri pastu ada yg brtembung sesame sendiri..

“Palingkan mukamu kearah Masjidilharam. Dan dimana sahaja kamu berada, palingkan muka mu kearahnya (Kaabah / Masjidilharam) ketika bersolat ” (Surah al-Baqarah 2 : 144)

lelaki ini masih juga tidak berpuas hati dan menganggap penjelasan aku semua karut marut,dia hanya percaya yang ka'bah diperbuat dari batu..oleh kerana dia menggangap aku hanya omong kosong maka lelaki ini menukar soalan " apa itu ISLAM?"

aku balas "islam itu agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia"

sekarang dia pertikaikan aku pulak, katanya " agama islam dibawa oleh rasullulah berpandukan al-quran dan hadith"

aku balas kat dia dan katakan definisi yg dia minta pada aku adalah 'ISLAM'  bukan 'AGAMA ISLAM'... kalau dia mahu aku menerangkan makna AGAMA ISLAM itu sendiri pasti aku dah balas " agama yang mentauhidkan Allah, Tunduk dan Patuh KepadaNya serta Patuh KepadaNya serta menunaikan semua ajaran yang menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W "

lelaki ini masih juga tidak berpuas hati dan mengatakan "awak atau saya hanya dipisahkan oleh satu garis yang halus...bila2 masa awak boleh berada dibawah"

oleh kerana dia merasakan dia bagus sanggggat aku pon tanya dia balik :

1.kenapa kita perlu solat 5 waktu?
2.kenapa tiap rakaat berbeza?
3.dalam hari ni pernah awak meninggalkan solat?
4.kenpa awak samakan binaan kaabah dengan patung yang cina sembah?

ni jawpan lelaki tu :

1.solat adalah salah satu senaman sihatkan badan,akal fikiran dan emosi
2.perbezaan rokaat adalhmenunjukkan bezany waktu perubahan masa bagi manusia melakukan tahap penerimaan senaman badan
3.???? dia x jawp pon
4.???? langsung x jawap

lepas tu lelaki tersebut terus diam dan x balas langsung mesej aku...
aku baru jer nak balas kat dia "sekarang awak fikirkan antara garisan halus yang awak cakap tu dimana kedudukan awak?" tp x jadi lak aku nk hantar mesej tu sebab lelaki tu dah terus sepi,senyap dan sunyi...

jadi kepada para pencinta ALLAH, TOLONG BETULKAN AKU KALAU2 AKU TERSALAH MEMBERI PENERANGAN&TERSALAH TEGURAN KEPADA LELAKI TERSEBUT...AKU NIE HANYA INSAN YANG KERDIL..MUNGKIN ADA JAWAPAN YANG AKU BERIKAN TU TAK BETUL DAN TAK SESWAI....


SILE KOMEN DAN BERI PENDAPAT YANG BAIK UNTUK AKU MEMPERBAIKI DIRI AKU INI


SEKIAN

4 Responses so far.

  1. saya rasa dah betul dah awak cakap dkt orang tu
    orang tu je ego
    merasa diri dia hebat sedangkan dia dan kita hanya hamba Allah
    diam tu tandanya dia dah kalah lah tu
    tak apa
    saya sokong apa kamu kata padanya

  2. km ckp benar...sy sbg org beragama islam sgt menyokong dan berterima kasih kerana km boleh menjawab soalan "dia". dgn baiknya. moga dia di turunkan hidayah.

  3. km ckp benar...sy sbg org beragama islam sgt menyokong dan berterima kasih kerana km boleh menjawab soalan "dia". dgn baiknya. moga dia di turunkan hidayah.

  4. 1st time kenal dengan lelaki yang mcm tu....takot gak rasanya nk jawap soalan dia yg cm mempermainkan islam..

Post a Comment