Pages

huhuhu...giler babas...aku x taw nk tlis aper tp ader hati lak nak meng ^ date blog nih...jadi aku amek jer trivia yang penah aku dapat kat email 11 taon doluuuu....tadaaaaa....aku siap tulis pendapat aku skali bg certain2 trivia nie...

1.Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.. -aku da tgok tp bukan YKK ia tertera number 555...cuba ko lak tgok balik....

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa. - aku taw nape...sbb ALLAH dah ciptakan camtu jd mmg ler kite x taw...hanya ALLAH je YG MAHA MENGETAHUI....

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.-ye ker???sib baek aku x penah pakai lipstick....lipsgloss aku guna la...huhu..

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..-dasyat2

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada. -maknanyer kita ditipu...aku nk shetox arr pas ni... pasal aku nk bunuh nyamuk!!

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.-uih sib baek aku letak kat atas peti sejok sebelah sinki *wink*wink

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika. - wane kegemaran aku gak ehehehe....

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.- ooo..yer ker...slaloo aku dengo operator telepon cakap "sile tekan butang H = #"

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata. - kalo ko x pejam nanti bola mata ko terkeluar laaaa...

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.-lipas mmg dasyat,aku x ske lipas!!!

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus. - haram jadah nak wat per cari maut!!!

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad. - elok la tu... ikot nama nabi junjungan mulia S.A.W

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan. -sian2...dolu x pakai suar dalam,skrg x pakai baju luar dan dalam lak...

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.- Oh! aku bru tgok natioal geography...kalu bior lelame...jadi cam atlantis yg ilang.....

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.- yer ker? aku rase manusia lagi banyak terbiak tapi x sempat idop lama dah mati kat longkang,tong sampah,kt mesjid,kt bawah jambatan..semua kene buang dengan mak apak dorg yg berzina...

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv. -hmmmm..... nampaknyer aku kene renti la jadik antoo tv!!

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. - kalu jari yang kene gigit camno???

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.

sekian..

0 Responses so far.

Post a Comment