2 hari lepas ayah dapat laporan kesihatan yg memang aku dah taw keputusannya.....
KEMOTERAPI
yup kimoterapi.....aku dah agak dari awal bulan puasa tahun lepas...cuma ayah yang terlalu positif dan sangat degil untuk ke hospital..dua tahun lepas dah cukup menyiksakan untuk aku tengok ayah dalam keadaan mcm tu(kemoterapi yg pertama)...tapi aku yang keras kepala ini langsung x mahu menitiskan airmata di hadapan kaum keluarga..apatah lagi didepan ayah sendiri..
bulan lepas ayah hampir koma ketika air dari tulang punggungnya diambil...kawan2 ayah ramai yang hadir untuk menziarah agak kelam kabut ketika ayah x bangun2 dari tidurnya...syukur ayah sudah sedar, aku hanya mendengar berita dari mak dan adik aku....sungguh bukan aku x mahu pergi melihat ayah ketika itu, tetapi kalau aku yg pergi melihat keadaan ayah,akulah orang pertama yang akan menangis x henti2 sampai mata aku bengkak...
ya aku ego...katakanlah apa saja...tapi kamu x tahu perasaan aku yang sebenarnya...aku sangat sedih sehingga x mampu untuk untuk aku luahkan pada sesiapa...setiap hari aku panjatkan doa moga allah berikan kesihatan yang terbaik buat ayah..malahan jika aku bangun malam aku tetap berdoa supaya ayah sihat seperti dulu walaupun aku tahu segalanya adalah mustahil....tapi aku terus dan terus berdoa...aku harap sangat ayah dapat jadi wali dihari pernikahanku(tapi aku x der calon lagi)....harap ayah dapat bermain dengan cucu-cucunya(masih juga menungu calon)....harap ayah dapat pergi menunaikan umrah dan haji(kalaulah ader orang yang baik hati nak sponser)...
aku x mahu mendengar sebarang berita buruk tentang ayah...bagi aku ayah akan sentiasa sihat seperti adanya.... 24 hb nie ayah akan menjalani kemoterapi buat kali kedua...aku taw ayah x macam orang lain time kimo....org lain muntah2 ayah aku pulak makin kuat makan, orang lain gugur rambut, ayah dah siap2 botakkan kepala, orang lain langsung x boleh bangun, ayah tetap gagahkan diri untuk bangun dan masih buat lawak....
itulah ayah.....aku taw jauh disudut hati ayah x mahu kami semua risau..bagi ayah semuanya kehendak dan dugaan dari allah...yg ayah x taw akulah orang kedua yg paling risau selepas emak... bagi aku ayah adalah terhebat,terbaik dan terbilang..x der sape boleh gantikan tempat ayah....jadi aku sentiasa berdoa semoga ayah akan semakin sehat lepas kimo yg kedua nie...
mohon kalian doakan yang terbaik untuk ayahku....
1 Response so far.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga Allah tetapkan sesuatu yang terbaik untuk ayah awak ya