Pages

عن عمر رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عـند رسـول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم اذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب ، شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثـر السفر ولا يعـرفه منا احـد. حتى جـلـس إلى النبي صلي الله عليه وسلم فـأسند ركبـتيه إلى ركبتـيه ووضع كفيه على فخذيه، وقـال: " يا محمد أخبرني عن الإسلام ".فقـال رسـول الله صـلى الله عـليه وسـلـم : (الإسـلام أن تـشـهـد أن لا إلـه إلا الله وأن محـمـد رسـول الله وتـقـيـم الصلاة وتـؤتي الـزكاة وتـصوم رمضان وتـحـج البيت إن اسـتـطـعت اليه سبيلا).قال : صدقت.فعجبنا له ، يسأله ويصدقه ؟قال : فأخبرني عن الإيمان .قال :أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الاخر وتؤمن بالقدر خيره وشره .قال : دقت .قال : فأخبرني عن الإحسان .قال : ان تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك .قال : فأخبرني عن الساعة .قال : "ما المسؤول عنها بأعلم من السائل "قال : فأخبرني عن أماراتها .قال : " أن تلد الأمربتها ، وان ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان"ثم انطلق ، فلبثت مليا ،ثم قال :" يا عمر أتدري من السائل ؟"قلت : "الله ورسوله
أعلم ".قال : فإنه جبريل ، اتاكم يعلمكم دينكم "رواه مسلم [ رقم 8 ].
Daripada Umar r.a., beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi

Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang

lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan

padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun di antara kami

yang mengenalinya sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah SAW.

Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah SAW dan meletakkan dua

tapak tangannya di atas dua paha Rasulullah SAW, lantas dia berkata:

"Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang ISLAM"

Lalu Rasulullah SAW menjawab:

"Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,

dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan kamu mendirikan

solat, dan kamu mengeluarkan zakat, dan kamu berpuasa di bulan

Ramadhan, dan kamu mengerjakan haji di Baitullah jika kamu

berkemampuan pergi kepadanya.

Lelaki itu berkata:

"Benarlah kamu"

Maka kami pun merasa hairan terhadapnya kerana dia yang bertanya dan

dia pula yang membenarkannya.

Lelaki itu bertanya lagi:

"Maka khabarkan kepadaku tentang IMAN".

Rasulullah SAW menjawab:

"Bahawa kamu beriman kepda ALLAH, para malaikatNya, kitab-kitabNya,

rasul-rasulNya, hari Qiamat dan kamu beriman kepada Qada' dan Qadar"

Lelaki itu berkata:

"Benarlah kamu"

Lelaki itu bertanya lagi:

"Maka khabarkan kepadaku tentang IHSAN.

Rasulullah SAW menjawab:

"Ihsan ialah bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu

melihatNya tetapi jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia

melihat kamu"

Lelaki itu bertanya lagi:

"Maka khabarkan kepadaku dari hal hari QIAMAT"

Rasulullah SAW menjawab:

"Tidaklah yang bertanya itu lebih tahu daripada yang ditanya"

Lelaki itu berkata lagi:

Maka khabarkan kepadaku mengenai tanda-tandanya.

Rasulullah SAW menjawab:

"Tanda-tandanya itu adalah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya

dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian,

miskin, penggembala kambing menegakkan dan mendirikan binaan"

Kemudian dia beredar (dari situ).

Lalu aku terdiam beberapa lama.

Setelah itu Rasulullah SAW bertanya:

"Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu?"

Aku menjawab:

"Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui.

Rasulullah SAW berkata:

"Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk

mengajarkan agama kamu"

(Hadith ini dirawayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab al-Iman. Hadith

nombor 8 )

0 Responses so far.

Post a Comment