Pages

smlm aku curi2 tengok tv3 cerita tahajjud cinta
(curi2 pasal aku tgh tengok cite personal taste kt 8tv)
mase tengok promo tu aku ingat citer tu amik dari novel lagi(mcm citer kitab cinta) taw2 jer la penerbitan yang sama...pelakon pon lebih kurang same gak huhu...
tapi citer dia lain dari novel tahajjud cinta karya Muhammad El-Natsir....... memang karya asli penulis kowt(erma fatima penulis skrip nyerr)

aku rasa seri dalam citer tu nt mesti kene kawen dengan ostat (watak dilakonkan eman manan)
pastu derita x sudah2 kowt hahah(ini hanya pemikiran aku jer)
ala macam penah tengok jer citer camtu...zaman dolu2 x silap
mase tu melissa saila yang berlakon kene kawen dengan ostat (lakonan allahyarham m.rajoli)

tapi mungkin citer tahajjud cinta ni lain sket la kot sebab ader pelbagai watak

erk...aku ske la fazura bawak watak yang jadi pembela untuk kaum wanita hehehe...
yang lain? hmmm aku malas nak google hatta sinopsisnyer pon aku x baca lagi
eh!
tapi nie ader sket sinopsis novel tahajjud cinta karya Muhammad El-Natsir :


Fatih merupakan pemuda yang sangat unik.Menunaikan solat Tahajjud pada sepertiga malam merupakan rutin harian wajib bagi dirinya.Dalam keadaan sesukar mana pun,dirinya tetap mahu menunaikan solat yang amat dianjurkan dalam Islam.Kerana bersihnya hati Fatih dari bergelumang dengan dosa sekitar Jakarta,maka secara tidak dia harapkan, 2 orang gadis Indonesia terpikat dengan kewarakan dan keikhlasan Fatih.Fatih bukanlah anak orang berada. Beliau merupakan pemandu kenderaan beroda tiga (Teksi) di Metropolitan Jakarta.Dengan pendapatan cukup makan,dia bersyukur memperolehi rezeki halal.Wang tersebut disimpan untuk diberikan kepada ayahnya di kampung untuk menyara persekolahan kedua-dua adik perempuannya yang bersekolah di Madrasah.

Fatih bukanlah ahli ibadat semata-mata.Dia merupakan siswa jurusan agama.Namun kekangan wang dalam membayar kos pengajian membantutkan dirinya daripada menuntut ilmu agama. Maka dengan kesedihan dia bercuti sebentar dari belajar di Universiti dan mencari wang saku melalui pekerjaan yang dianggap bawahan di Jakarta iaitu pemandu beroda tiga.Namun jiwa yang membara dalam menuntut ilmu,menemukan Fatih dengan Masjid Istiqlal.Disitulah dia menuntut ilmu agama secara percuma melalui ceramah oleh sheikh-sheikh.Dan disitulah bertemunya dia dengan seorang gadis muslimah solehah bernama Khairu Nisa.

Insiden kemalangan kecil antara kenderaan beroda tiga milik Fatih dan kereta mewah Nisa membawa pada pertemuan ilmuan.Mengapa pertemuan ilmuan?Kerana Nisa kagum dengan ilmu yang dimiliki oleh Fatih ketika bertanya dengan sheikh dalam ceramah di masjid Istiqlal. Nisa juga menyertai ceramah tersebut.Terkedu lidah Nisa apabila pemuda yang dianggap murahan dan kuli Jakarta merupakan cendiakawan Islam yang bakal menyinar suatu hari kelak.

0 Responses so far.

Post a Comment