Pages

Siasat? Nak siasat aper erk? Bukan siasat macam polis tue tapi miss violet nak citer pasal akibat orang yang tak siasat dulu hal sebenar....jadi kalo mende yg tak betul atau tak disiasat terlebih dulu disebarkan....saper ynag dapat malu??sendiri mau ingat erk...huhuhu.

Citer dia camni, masa kat sebuah institut dulu..pelajar yang baru masuk macam miss violet nie tidak dibenarkan menyimpan enset mahupon walkie talkie hehehe...biasa la kan bile masuk institut kerajaan nie banyak rules...but aperpon itu bukan soalnya.so awal2 lagi enset miss violet dah serahkan kat pegawai yang berkenaan.

Nak jadi cerita, miss violet bawa skali ipod masa nak masuk ke institut tu..ye la mesti bosan kan..da la x kenal sangat orang sekeliling.layan lagu lagi best.. gpon masa tu tak taw pon ader tv kat institut nie sebab rule dia x leh bawak barangan elektrik termasuk la radio yg selalu senior sorokkan dalam almari makanan tu. So pada waktu malam nak tido miss violet pon pasang la ipod kat telinga nk dengar....huh lena cheq tido mala tu hehe..

Esok paginya. Tetiba miss violet kene panggil dengan pegawai, “duh! Asal lak kene panggil kan? Rasa ea aku x der wat salah pon....”kata hati miss violet laa... pegi la jumpa pegawai, pendek citer pegawai tu tanya “kamu rasa kamu ader wat salah x?” selambe jer miss violet mengaku “x der pon,kalo ader salah cuba tuan bagitaw kat saya?” huh macam hero poyoo jer. “betul kamu x buat salah?” tanya pegawai tu lagi. “ek eleh..poyo ea pegawai nie aku x salah nak ngaku mende” kata hati miss violet la...” okey nanti saya nak kunci almari kamu saya nak wat pemeriksaan, kalo kamu tipu saya, kamu akan dikenekan hukuman..”kata pegawai. “ eleh...belasah la..selongkar la almari aku tu sampai hujung tahun, gerenti x jumpa barang larangan” ceeee....belagak jer miss violet bermonolog dalam hati.

Lepas habis kelas baru la pegawai tu bagi balik kunci almari miss violet dan dia cakap miss violet dalam pemerhatian..miss violet bengang la jugak dengar macam tu kan? So mula la miss violet suspek ader dalang dalam bilik tu yang ingat ipod miss violet tu enset(barang larangan sementara). Balik jer kat bilik, bukak tudung jer terus miss violet pasang ipod. Pastu bile senior balik. Miss violet sajer tayang-tayang kan ipod tu bagi senior yang jadi dalang tu bukak sikit mata diorang..petang tu pulak miss violet jumpa pegawai dan tunjukkan ipod tu kat pegawai dan dengan selamber miss violet tanya pegawai tu “sape yang mengadu pada tuan?” cee..memula pegawai tu x nak jawab lepas tu baru la miss violet dapat tahu jugak nama dalang yg tak reti menyiasat tu..

Balik lepas jumpa pegawai, semua senior dalam bilik tu diam. Pastu miss violet cakap la kat sorang member dalam bilik tu “IN, susah kan biler orang tak taw citer nie suka mengadu?” member yang x taw apa-apa ni terpingga la gak tapi dia pon balas “ntah..menyibuk hal orang yang dia tak taw,lain kali jaga tepi kain sendiri”...hahaha miss violet tengok muka dia dah pucat lesi dah...

Well si dalang yang pucat lesi of course le sakit hati bile junior dah perli-perli kan? Tu la..lain kali siasat dulu..jangan terus nak mengadu. Ini tidak..bagi salam pon tidak,tegur orang pon tidak.terus nak mengadu. Bagi miss violet dia nak mengadu tak salah.tapi biarlah mengadu perkara-perkara yang betul. Cuba miss violet mengadu pulak yang diorang simpan radio dalam bilik?? Hah..mau tak dihamputnya miss violet nie keluar bilik... well miss violet tak kisah la...orang-orang macam nie perihatin sebenarnya,TAPI perihatin tak kene tempat dan tak sedar diri......

“ mengadu lah selagi ia tak memudaratkan orang dan dapat menyelamatkan seseorang”

0 Responses so far.

Post a Comment