Pages

Huhu...tetibe nak citer pulak tentang orang yang suke sangat berhasad dengki dan sakit hati dengan orang lain tak tentu pasal. Kata buku yang miss violet baca. “hasad dengki nie berpusat dari tabiat manusia,iaitu seseorang yang tidak suka bila ader orang lain dapat melebihi dirinya tak kira dari segi apa pun”. Actually dengki ni ade terbahagi kepada banyak bahagian, tapi miss violet nak cerita bahagian yang telah dikenakan keatas diri miss violet.

Masa pendaftaran kat sebuah institut dulu. Miss violet telah berkenalan dengan seorang senior dan kawan-kawannya. Tapi kat institut tu x der istilah senior junior pon. Miss violet panggil dia senior berlandaskan dia telah ada di institut tu lebih lama dari miss violet. Masa kenal tu dia terus cakap kat miss violet supaya miss violet meminta sama bilik dengan senior tersebut.kira senior nie dah cop miss violet supaya satu bilik dengan dia la.. tapi masalahnya pentadbiran telah bagi miss violet bilik 101 yg dekat dan tak perlu mendaki jauh nun ke atas.

Nak jadi cerita, senior tu dan kawan-kawannya agak lah bengang kerana miss violet terima duduk kat bilik 101 tu. Well dah dekat dengan semua kemudahan saper yang x nak kan? Rupanya bilik 101 tu geng-geng ‘brutal’ yg xberapa disukai senior tersebut..hal nie miss violet ingat berakhir kat situ jer..soo miss violet wat x taw jer sebab senior bilik 101 tu semua kira ok la jugak. After a month,tetibe ader election untuk majlis perwakilan pelajar yang baru. So nama miss violet dinaikkan oleh pegawai untuk bertanding.

Hmm..masa open speech depan semua pelajar tetiba beberapa orang pelajar telah ‘booo... ‘ miss violet dan cakap bende mengarut-ngarut.masa tue miss violet pelik sangat apasal la pelajar-pelajar buat macam tu masa miss violet tengah berucap. Apapun miss violet buat x taw je la pada mulanya dan akhirnya menjadi exco MPP.sejak kejadian tu mana miss violet pergi pasti ader yg menghina dan mengeji miss violet tanpa sebab walaupun miss violet x pernah cakap apa-apa kat diorang..sangat pelik kan?x tahu apa dosa dan salah miss violet sampai diperlakukan mcm tu.

Tapi miss violet buat tak heran dan mengaji jer tiap waktu terluang..serious beb, sape yg akan boleh hidup kalau kemana kita pergi kita akan dihina? Kalau tak kuatkan hati dan ingat allah pasti ramai yg bunuh diri macam yg selalu berlaku kat pelajar-pelajar dari AS,KOREA,JAPAN dan mana-mana la yg selalu kuar kat tv tu...

Well i still alive x kira orang nak kata apa pun. Tak lama lepas senior tu keluar, akhirnya miss violet dapat tahu kisah sebenar dari budak satu bilik senior tersebut bahawa senior tersebut lah yang menyebarkan fitnah dengan mengatakan pada semua orang “miss violet suruh semua orang panggil miss violet kakak dan mesti hormati miss violet”..sungguh x pernah keluar dari mulut miss violet pun. Patutlah semua pelajar senior jadi marah dan menghina miss violet dengan begitu kejam sekali rupanya kata-kata miss violet telah di ‘twist’ oleh senior tersebut.banyak lagi yang mereka lakukan pada miss violet tapi mungkin akan diceritakan lain kali dan mungkin simpan jer dalam hati.

Miss violet rasa senior ni pasti ‘bahagia dan gembira’ kerana berjaya melampiaskan hasad dengkinya dengan menyebar fitnah kepada semua orang. Memang senioer tu hebat kat dunia nie dalam bab sebar menyebar tapi tunggu saja balasan yang bakal allah berikan padanya. Apa? Miss violet berdendam? Tak berdendam...cuma miss violet rasa orang macam tu patut dapat hukuman yang setimpal dari allah selagi dia tidak bertaubat. Senior tu pun x pernah datang minta maaf kat miss violet pun malahan pada akhir tahun masa aktiviti salam menyalam senior tersebut lari dari miss violet. Orang kalau tak salah takkan lari kan?

Pada senior tersebut “ jangan buat dosa tak tentu pasal hanya kerana x ada kerja lain yang nak dibuat..banyak-banyak la bertaubat dan kalau berani datang jumpa saya mengaku kesalahan yang telah anda buat, hidup ini singkat tau!”

“ hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu”

0 Responses so far.

Post a Comment