Pages

Satu hari miss violet call la seorang member lama..banyak yang kami sembangkan ...cerita pasal life masing-masing dan ape yang bakal kami lalui dimasa hadapan..tapi ada satu perkara yang tetiba jadi topic perbualan kami iaitu pasal pakaian..miss violet bagitau la kat member nie yang miss violet teringin nak pakai jubah macam zaman sekolah agama dulu-dulu.miss violet bagitau kat member nie yang ramai juga antara rakan-rakan kami yang masih berjubah dan ade yang pakai burdah pon..
Kemudian member nie pon bagitau “kalau u nak pakai jubah i nasihatkan sangat kat u... kalau nk pakai mcm tu perlu banyak bersabar dan jaga perangai dan tingkah laku.” Miss violet saje la tanya kenapa? walaupun dah tau ape jawapan yg dia bg “hurmm.. masa i belajar kat U*** dulu orang pandang semacam jer bile i pakai jubah..pastu biler i pakai seluar mula la ade mulut yang nak mengata ..”
Well ..sebenarnya situasi macam tu miss violet pernah lalui masa belajar dulu...Cuma x nak bagitau kat member ni sebab apa yang bakal miss violet cerita hampir sama..masa belajar kat kolej dulu orang panggil miss violet ni ustazah..dan ada jugak yg mencemuh miss violet nie berlagak alim dan poyo walaupon miss violet xtaw apa la salah miss violet kat perempuan2 ayu lagi bersopan santun nie..agaknya tuduh labuh tue buat mata mereka sakit kot?. Kerana x der kesabaran lepas tue miss violet pon tukar la pakai tudung biasa ala2 wardina tue..baru la mereka diam walaupon terkadang terdengar jugak kata2 yg menyakitkan hati.
Hmm..sebenarnya bukan ape..miss violet nak pakai jubah dan tudung labuh kembali bukanlah nak tunjuk baik atau ape pon...Cuma miss violet rasa pakaian macam tu baik dan selesa sebenarnya...lagi pon bak kata member tu “kene bersabar dan jaga tingkah laku serta segala perbuatan”..well kalau kearah kebaikan miss violet rasa x der salahnya,boleh melatih miss violet menjadi seorang penyabar huhu... anyway sebenarnya dalam apa pun yang kita lakukan pun terpulang pada niat. Kalau ader yang kata miss violet nie konservatif itu terpulang...yg penting miss violet tahu aper yang perlu diperlukan dalam hidup dan x menyusahkan orang lain....

“ada yang masih sakit hati??”

0 Responses so far.

Post a Comment