Pages


Di ruangan ini saya ingin mendedahkan kebimbangan 'Bapa Resah' terhadap gejala 'Pelajar IPTA jadi GRO' yang disiarkan pada Isnin, 22 Mac 2010

Untuk makluman pekara ini sudah lama berlaku cuma ia disedari oleh segelintir sahaja golongan akademik IPTA itu sendiri. Bahkan saya sudah beberapa kali mengingatkan teman-teman perniagaan supaya jangan melanggan gadis-gadis ini, namun mereka tetap juga menggunakan gadis-gadis itu untuk memuaskan nafsu mereka.

Sebagai seorang yang hidup di dunia korporat saya sering bertemu dengan teman-teman saya yang membawa gadis-gadis GRO 'menara gading' ini ke majlis-majlis jamuan serta berhibur di hotel-hotel mewah.

Sebenarnya perkataan GRO adalah tidak tepat kerana gadis-gadis ini kebanyakannya adalah menjadi 'perempuan simpanan' kepada golongan berwang ini. Gadis-gadis ini dijadikan hamba nafsu golongan-golongan ini setelah diumpan dengan wang ringgit, kereta mewah dan kehidupan eksklusif.

Kebanyakan sugar daddy ini terdiri daripada golongan ahli perniagaan yang mempunyai dompet tebal. Maklum sajalah apalah yang hendak dihiraukan jika mereka mendapat tender bernilai jutaan ringgit setiap tahun serta projek-projek yang menanti.

Kebanyakan gadis-gadis ini disediakan rumah, villa mewah, kereta sport mewah daripada bertaraf Proton Satria hinggalah ke Mercedes sport. Sementara pakaian mereka daripada jenama yang mahal serta dijanjikan habuan bercuti keluar negara. Saya ingin sebutkan IPTA yang ramai gadis-gadis yang menjadi 'perempuan simpanan' adalah dari ******, ******, ****** dan ****** serta sebahagian kecil dari universiti swasta di Lembah Klang.

Mungkin ramai yang menyangka sugar-sugar daddy ini bergelar Datuk atau Tan Sri tetapi tuduhan itu tidak benar kerana kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan yang baru naik dan belum ada apa-apa gelaran lagi. Saya pernah mengingatkan teman-teman 'berwang' ini supaya tidak menjadikan gadis-gadis IPTA ini sebagai mangsa mereka. Mereka adalah ibarat bunga bangsa, jika rosak mereka, maka rosaklah generasi masa depan kita. Saya ingatkan jika mereka juga mempunyai anak, adik atau saudara perempuan bagaimana perasaan mereka bila mereka ini dijadikan 'perempuan simpanan' atau selayaknya 'wanita lacur'.

Namun ingatan saya ini hanya diketawakan oleh mereka yang mengatakan wanita muda ini yang inginkan wang mereka.

Saya boleh ceritakan tentang seorang siswi IPTA di Pantai Timur yang sering mengikuti sugar daddy ini sewaktu cuti semester ke luar negara bermain golf di Australia, Singapura dan Bali.

Sepanjang satu hingga dua minggu bercuti hanya dihabiskan bersama sugar daddy tersayang. Apabila pulang sarat dengan belian barangan dan pakaian mewah semuanya ditaja oleh sugar daddy.

Kebanyakan 'gadis-gadis simpanan' ini tidak mempunyai perjanjian atau ikatan untuk mengahwini lelaki berwang ini. Taraf lelaki berwang ini sekadar membiayai makan pakai, kediaman dan kereta serta melunaskan bayaran pengajian sepanjang empat tahun di universiti.

Lepas tamat pengajian gadis-gadis ini boleh lepas bebas dan mereka tiada ikatan lagi. Bayangkan gadis-gadis 'rosak' ini bakal mengahwini sekian banyak teruna yang baik-baik setelah akhir pengajian mereka. Ataupun sesetengahnya menjerat VIP atau ahli politik tertentu berdasarkan pengalaman mereka yang lalu.

Amat mudah untuk mengenali gadis-gadis simpanan ini. Selain dari memiliki kereta mewah, mereka tinggal di kawasan eksklusif dan kondominium secara berseorangan serta penampilan mereka agak lain dengan rambut yang sentiasa berdandan rapi dan berpakaian jenama mahal.

Mereka ini selalunya berhimpun sesama mereka di kelab-kelab eksklusif serta berbelanja menggunakan kad kredit.

Berdasarkan pengalaman saya seperti yang dialami oleh 'Bapa resah' itu tadi gadis-gadis yang ditemui di hotel mewah itu hanya datang berhibur.

Sebenarnya di situlah tempat mulanya untuk berkenal-kenalan dengan bakal sugar daddy.

Sebenarnya gadis-gadis itu sudah tahu jika ada yang sudi berkenalan dan berakhir di bilik hotel serta sanggup membiayai hidup mereka maka hal-hal di atas yang saya ceritakan adalah perkara lumrah yang berlaku. Perjanjian secara tidak langsung berlaku, seperti berapa tahun pengajian dan jumlah yang diperlukan oleh gadis itu dalam sebulan. Inilah pasar tawar-menawar sugar daddy untuk merebut 'gadis simpanan' mereka.

Sebagai penganut Islam saya merasa bersalah jika tidak mendedahkan maksiat yang berlaku ini.

Saya ingin menyeru pihak universiti agar mengambil tindakan terhadap siswi-siswi yang melakukan kerja terkeji ini.

Begitu jugak hukuman Syariah yang berat perlu dijatuhkan ke atas sugar-sugar daddy ini kerana mempergunakan gadis-gadis yang lemah untuk melampiaskan nafsu mereka.

BAPA PRIHATIN
Shah Alam


nah! ini kata-kata bapa yg perihatin....bagaimana dengan bapa yang tak tahu, apa sebenarnya yg berlaku pada anak yg buat perangai di belakangnya??

13 Responses so far.

  1. bapa prihatin..mcm mana pulak agaknya yg datang dari kampung dan dapat kejutan budaya..kat kampung bukan main manis sopan bertudung..tp bila jauh dari mak ayah..masyaallah..

  2. susah betul kan...kenapa mereka sanggup buat itu semua kerana desakan wang? mungkin kerana cos belajar dan sara hidup yang mahal walau ada pinjaman..kadangkala tak cukup..kurang didikan agama dan kesedaran dari segi dosa & pahala, halal dan haram.

  3. huh!!menakotkan la...kerana mahukan hidup mewah...

  4. benda ni selalunya pasal culture shock...

  5. bila bertuankan nafsu dan wang ringgit itulah akibatnya...mudah-mudahan mereka yanglalai ni kembali ke pangkal jalan...

  6. apa la nk jd... =.=

  7. aku kenal ramai kaki yang offer benda ni.. memang menakutkan.. tak sangka budak U** pun terlibat.. hurm..
    mcm aku yg terlibat dunia bisnes ni, byk jumpa pompuan mcm ni... ramai bisnesman yg bawak ke occassion.. memalukan...

  8. sekarang memang ramai macam tu

  9. mmg dasyat skang ni..

  10. erm..xtahu la apa nak jd bdk2 skrg...huuh...coz mbe2 ila pn ramai gtu..hurm..

  11. yg peliknye si pelaku rasa sangat bangga...ade lak yg cakap..."dah tua ti aku tobat arr..ko sibok pasal?"...agak2 la kan diorang ni sempat ker tua?
    cakap sukahati cam org tak beriman..

    donia...donia...

  12. ramai siswi termasuk UIAM yang jadi sugar bebei ni...tak kira U mana pon...terutama yang ambik kors Human sains dan tak berkenaan agama la...

  13. Astagaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Post a Comment