Pages

Cerita nie berlaku masa miss violet belajar di sekolah agama menengah….mase tu umo miss violet baru form 2…Kat sekolah agama ni banyak gak citer hantu yang miss violet dengar tapi kebanyakannya citer orang kene rasuk la…memang menakutkan bagi orang yang lemah semangat…tp bg miss violet biase je la…tapiii….. satu hari………..

Sorang kawan bagi taw bilik yang bakal miss violet duduk tu ader tiang seri…. Miss violet x penah amik taw pon dorm 6 tu ader tiang seri(tiang pertama yang dipacak ke tanah,katanya banyak makhluk menumpang)..kata member tu baik miss violet duduk jer kat dorm 10 lebih selamat…. Dek kerana degil, miss violet pindah la kat dorm 6 tu…..

Bile dah pindah, sorang kawan yg memang duduk kat bilik tu tanya
“tak takut ker??? Bilik nie berhantu???”
pastu miss violet balas la cara lawak….
“bilik yang berhantu ke korang yg berhantu??”..
pastu tah camner ader member tu cakap
“ko ni brani la…mlm ni tidur dengan aku boleh??”
Soooo…. X nak hampakan member tu miss violet cakap ok je laaa…..malam sebelum tidur tetibe member tu cakap “aku selalu kene himpit, ko tolong aku ye kalau tengok aku kejang je nanti??” “kejang???” aku tanya dia balik….. pastu dia cakap tunggu je la malam nie….

Akhirnya tepat kul 12 mlm miss violet pon tidur….

Dang! Dang! Dang! Dang!.... tetibe miss violet terbangun….bunyi yang miss violet dengar sangat kuat… dihentak seperti gergasi sedang berjalan….. kemudian terdengar bunyi yang lain tik…tik..tik…tik..seakan2 bunyi guli melantun dilantai……
Bunyi kedua2 tersebut berselang seli tak berhenti……peluh membasahi dahi miss violet….kemudian miss violet tengok member kat sebelah….matanya terpejam rapat…sangat lena…… miss violet cuba mengejutkan member tersebut…tapi dia memang tidur matiiii!!! Miss violet tengok pulak jam…baru pukul 3 pagi….aduhhh!!! lambatnya pukul 5.30 pagi….

Bunyi tersebut masih kedengaran…miss violet cuba tutup mata dan mula tidur mengiring….. tiba-tiba “fuhhhh….!!!” Telinga miss violet ditiup….miss violet sangat terkejut hinggakan bulu roma tegak…. Serentak itu miss violet terasa sejuk…..ntah dari mana angin datang menyapa sedangkan kipas dalam bilik tu dah uzur…pusing pon lembab…..terus miss violet tutup telinga dan tarik selimut…

Start daripada tu miss violet mula membaca surah al-mulk…ketika membaca surah tersebut bunyi hentakan dan bunyi guli tersebut mula hilang secara perlahan-lahan…
Tiba-tiba……..2 buah loker yg tertutup rapat….. terbuka seakan- akan dimainkan…..terbuka dan tertutup…berselang seli…… miss violet …teruskan juga membaca surah tersebut…..kemudian start pula membaca surah yassin, loker tersebut berhenti dari dibuka dan ditutup……

Ingatkan semua dah berhenti tapi…. katil miss violet pula mula digegar dan baldi mandian yang tersusun di bawah berlaga-laga….bunyinya sangat kuat….miss violet teruskan membaca surah yassin…sambil berdoa dalam hati supaya dijauhan dari syaitan yang menganggu…..

Bila sampai jer ayat “ in na ma amruhu iza ara’ da syaian ai yaqu lalahu kun fayakun…” miss violet rasa panas dan pedih di peha di muka sebelah kiri dan di lengan kiri….. tapi miss violet teruskan baca sampai habis ayat tu dan ulang ayat akhir tu tujuh kali…..

Lepas jer habis baca semua gangguan tu seakan hilang …tapi peha,muka dan lengan miss violet terusan berasa pedih…..miss violet melihat jam kembali…..sudah 5.13 pagi…miss violet mula hendak bangun ke bilik mandi…..tiba- tiba miss violet terpandang satu makhluk sedang mencangkung dikatil kak aida dan kak alin…dalam samar2 makhluk itu memandang miss violet dalam keadaan marah….. tak taw la nak cakap mukanya camner….
Seluruh badan miss violet kaku dan mulut miss violet terus membaca ayat kursi yang belum dibaca lagi……. Miss violet pandang lagi…makhluk itu sudah tiada dikatil kak aida dan kak alin…..

Miss violet terus-terusan mengkakukan diri atas katil….hingga lah seorang senior membuka lampu pada pukul 6 pagi…..katil miss violet basah dipenuhi peluh……
Cepat-cepat miss violet pergi ke cermin melihat muka….terdapat 3 kesan cakaran dimuka miss violet…cakaran yg baru dan sangat pedih….begitu juga dilengan….tetapi yang lebih mengejutkan kesan cakaran di peha yang sangat besar dan dalam lukanya lebih kurang sejengkal….

Selepas mandi,member yang tidur disebelah miss violet tanya “aku kejang x malam tadi???” miss violet balas balik “ko x kejang tp aku yang kejang..” ….member mula rasa pelik…dia tanya “apsal ko kejang??” miss violet pon cover … “kejang memain la…..eh,ayang mana tiang seri tu erk….??”
“ooooo….tiang seri tu sebelah katil ko lah….”

Duh!! Asal la miss violet x tanya awal2…kalo x dah lama siapkan pendinding….pastu miss violet citer la aper yang berlaku…..sambil tunjukkan kesan cakaran yg terdapat dibadan…
Tapi paper pon miss violet tetap tidur kat situ,nk tolong member dari kene himpit…. Kemudian x lama lepas tu semua gangguan dah hilang….tak taw apa sebabnya….



citer ni dah lama miss violet simpan...mentelah Gengblogger.com dah buat contest ni so...miss violet tulis arr entri ni...sbenar ea banyak g citer..memandangkan syarat ea satu penyertaan jer leh, soo letak arr citer ni....tapi serius beb kalau kena kt korang sendiri x taw la camner kan???? ader citer yg lagi satu tu member miss violet siap terkencing atas katil..tengok arr nnt kalo miss violet ader masa...leh wat entri tu plak.....xoxo

1 Response so far.

  1. salam..
    moga berjaya hendaknya

Post a Comment