7 PERKARA TENTANG MISS VIOLET
1)suke menyanyi lagu korea dan jpop/jrock
2)sukeeee sangat dengar mp3
3)main game di psp sampai menang...selagi x menang selagi tu tak berhenti
4)slalu download bleach setiap kali new citer release dah 2++ episod daaaa..
5)suke wat kek..tiap kali ade bahan tiap kali tu wat kek then sedekah kat jiran sebelah..
6)suke g kinokuniya
7)berangan mahu jadi ninja
hmmm..kene tag 15 org ker???
nt sy shout kat box diorang okeh??
miss violet merupakan big fan kepada alice sebold x kira la buku apa pon yang dikeluarkan...pasti miss violet beli(huhuhu...murah sket dgn diskaun di kinokuniya)...but 1st time dengar peter jackson nk wat citer the lovely bones as a movie...miss violet dah rase...camner dia nk wat erk???bace citernyer pon agak kompleks...boleh ker di adaptasi dengan baik ke movie??
then biler citer ni realese jer pada tahun lepas di US dalam bulan 12...miss violet trus cari kat movie-torrent.com..dan download pada bln 1 hari tu
memang best...best sangat2...(walaupon rase buku lagi best ehehehehe....) dan rasa best sbb dah tengok dulu sebelum tayangan di malaysia huhu
okeh! pada yang nak tahu pasal citer ni...ia mengisahkan tentang Susie (lakonan Ronan), gadis berusia 14 tahun yang mati dibunuh jirannya sendiri, George Harvey (lakonan Tucci) jahat dia ni...tengok muke pon leh sakit hati....
Selepas kematiannya, dia melihat bagaimana bapanya menjadi taksub dengan kes terbabit, manakala ibunya pula tidak dapat menerima keadaan berkenaan lalu pergi meninggalkan keluarganya
Penderitaan dialami keluarga berkenaan disaksikan sendiri oleh gadis yang bercita-cita ingin menjadi jurugambar terkenal apabila dewasa nanti(dia tengok dari tengah2 alam kononnyer la...bkn heaven mahupon donia...).
Ketika yang sama, di alam yang kini dihuninya, dia bertembung dengan beberapa lagi mangsa Harvey. Pada ketika mereka bersedia untuk pergi ke syurga, Susie belum bersedia berbuat demikian sehingga dia meleraikan segala kekusutan.jangan lupa bawak tisu k....miss violet bace buku jer pon dah nangis...inikan pulak tengok movie dia huuuu ~~
Untuk makluman pekara ini sudah lama berlaku cuma ia disedari oleh segelintir sahaja golongan akademik IPTA itu sendiri. Bahkan saya sudah beberapa kali mengingatkan teman-teman perniagaan supaya jangan melanggan gadis-gadis ini, namun mereka tetap juga menggunakan gadis-gadis itu untuk memuaskan nafsu mereka.
Sebagai seorang yang hidup di dunia korporat saya sering bertemu dengan teman-teman saya yang membawa gadis-gadis GRO 'menara gading' ini ke majlis-majlis jamuan serta berhibur di hotel-hotel mewah.
Sebenarnya perkataan GRO adalah tidak tepat kerana gadis-gadis ini kebanyakannya adalah menjadi 'perempuan simpanan' kepada golongan berwang ini. Gadis-gadis ini dijadikan hamba nafsu golongan-golongan ini setelah diumpan dengan wang ringgit, kereta mewah dan kehidupan eksklusif.
Kebanyakan sugar daddy ini terdiri daripada golongan ahli perniagaan yang mempunyai dompet tebal. Maklum sajalah apalah yang hendak dihiraukan jika mereka mendapat tender bernilai jutaan ringgit setiap tahun serta projek-projek yang menanti.
Kebanyakan gadis-gadis ini disediakan rumah, villa mewah, kereta sport mewah daripada bertaraf Proton Satria hinggalah ke Mercedes sport. Sementara pakaian mereka daripada jenama yang mahal serta dijanjikan habuan bercuti keluar negara. Saya ingin sebutkan IPTA yang ramai gadis-gadis yang menjadi 'perempuan simpanan' adalah dari ******, ******, ****** dan ****** serta sebahagian kecil dari universiti swasta di Lembah Klang.
Mungkin ramai yang menyangka sugar-sugar daddy ini bergelar Datuk atau Tan Sri tetapi tuduhan itu tidak benar kerana kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan yang baru naik dan belum ada apa-apa gelaran lagi. Saya pernah mengingatkan teman-teman 'berwang' ini supaya tidak menjadikan gadis-gadis IPTA ini sebagai mangsa mereka. Mereka adalah ibarat bunga bangsa, jika rosak mereka, maka rosaklah generasi masa depan kita. Saya ingatkan jika mereka juga mempunyai anak, adik atau saudara perempuan bagaimana perasaan mereka bila mereka ini dijadikan 'perempuan simpanan' atau selayaknya 'wanita lacur'.
Namun ingatan saya ini hanya diketawakan oleh mereka yang mengatakan wanita muda ini yang inginkan wang mereka.
Saya boleh ceritakan tentang seorang siswi IPTA di Pantai Timur yang sering mengikuti sugar daddy ini sewaktu cuti semester ke luar negara bermain golf di Australia, Singapura dan Bali.
Sepanjang satu hingga dua minggu bercuti hanya dihabiskan bersama sugar daddy tersayang. Apabila pulang sarat dengan belian barangan dan pakaian mewah semuanya ditaja oleh sugar daddy.
Kebanyakan 'gadis-gadis simpanan' ini tidak mempunyai perjanjian atau ikatan untuk mengahwini lelaki berwang ini. Taraf lelaki berwang ini sekadar membiayai makan pakai, kediaman dan kereta serta melunaskan bayaran pengajian sepanjang empat tahun di universiti.
Lepas tamat pengajian gadis-gadis ini boleh lepas bebas dan mereka tiada ikatan lagi. Bayangkan gadis-gadis 'rosak' ini bakal mengahwini sekian banyak teruna yang baik-baik setelah akhir pengajian mereka. Ataupun sesetengahnya menjerat VIP atau ahli politik tertentu berdasarkan pengalaman mereka yang lalu.
Amat mudah untuk mengenali gadis-gadis simpanan ini. Selain dari memiliki kereta mewah, mereka tinggal di kawasan eksklusif dan kondominium secara berseorangan serta penampilan mereka agak lain dengan rambut yang sentiasa berdandan rapi dan berpakaian jenama mahal.
Mereka ini selalunya berhimpun sesama mereka di kelab-kelab eksklusif serta berbelanja menggunakan kad kredit.
Berdasarkan pengalaman saya seperti yang dialami oleh 'Bapa resah' itu tadi gadis-gadis yang ditemui di hotel mewah itu hanya datang berhibur.
Sebenarnya di situlah tempat mulanya untuk berkenal-kenalan dengan bakal sugar daddy.
Sebenarnya gadis-gadis itu sudah tahu jika ada yang sudi berkenalan dan berakhir di bilik hotel serta sanggup membiayai hidup mereka maka hal-hal di atas yang saya ceritakan adalah perkara lumrah yang berlaku. Perjanjian secara tidak langsung berlaku, seperti berapa tahun pengajian dan jumlah yang diperlukan oleh gadis itu dalam sebulan. Inilah pasar tawar-menawar sugar daddy untuk merebut 'gadis simpanan' mereka.
Sebagai penganut Islam saya merasa bersalah jika tidak mendedahkan maksiat yang berlaku ini.
Saya ingin menyeru pihak universiti agar mengambil tindakan terhadap siswi-siswi yang melakukan kerja terkeji ini.
Begitu jugak hukuman Syariah yang berat perlu dijatuhkan ke atas sugar-sugar daddy ini kerana mempergunakan gadis-gadis yang lemah untuk melampiaskan nafsu mereka.
BAPA PRIHATIN
Shah Alam
nah! ini kata-kata bapa yg perihatin....bagaimana dengan bapa yang tak tahu, apa sebenarnya yg berlaku pada anak yg buat perangai di belakangnya??
contes ini dari cik tedi... miss violet yg newbies ini tetibe teringin nak masuk ekekeke....aper pon ni just for fun.... 2. Berikan 2 sebab mengapa kamu berkunjung, membaca dan mengomen di Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik?
1.
- sebab entri si tedi semua best
- ayat tak melebih2
- sempoi
- kucing yg tomei2
- kisah realiti kehidupan yang semua orang lalui tapi diolah dengan baik oleh si tedi....
3. Berikan 1 tajuk 'entry' yang paling kamu sukai atau yang terkesan di hati! Tidak ingat tajuk, tulis isi-isi penting pun di terima.
- entri yg 1st miss violet baca "akU Rasa Nak mInTa kaU LImaU ManDarIn sEPuLuh KoTak seBab Kau HaLanG KerETa akU!!!"
-entry ni miss violet baca sbb ingatkan betul2 la si tedi nak mintak limau kat cina yg block keta dia tu..hehehe..tp sib baik dia reti minta maaf kt si tedi ekekeke..
4. Berikan 1 tajuk atau perkara atau isu yang dapat membuatkan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik lebih mantap, lemak berkrim dan di sukai ramai.
-tambah isu "kawan baik manusia adalah kucing bukan anjing" ekekekeke...(ntahpaper la yg miss violet sarankan)
5. "Saya mengharapkan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik terus maju dalam dunia blogging ni sampai semua kucing-kucing kat dunia ni kenal siapakah si tedi pencinta kucing yang xtream...."
(wah melebih lak miss violet ni panggil tedi xtream...tedi jangan marah erk!!)
yag tambah tak bagus bile ramai pulak yg ikut same perangai macam dia
tengok je komen2 follower yg same perangai dengan dia... : ader 336 komen cacimaki
ni plak gambar untuk cacimaki yg dia dan teman2nyer buat
ni yg dia sendiri buat
x per la...agaknye dia x matang lagi kot...maklum saja...bak kata org.....laki ni lambat matang ehehehehe....
wOw...BUKAN prOmO tapi sebenaQnya miss violet suke sangat chatting kat sini....
tapi kebelakangan ni
banyak sangat kroni2 kpop mengkonker chatlive tu
bukan x sukeee
miss violet suke gak kpop
tapi dah naik menyampah gak dak hingusan 12 tahun pon asyik citer betapa excitednyer dgn kpop
poll pon asyik kpop jer
skali sekala buatlah jpop punya
hari tuu...
request lagu jpop
ader gak dimainkan
tapi sekarang..
kurang..
aper pon
MIKE, MOE NASRUL DAN JULES MEMANG BEST....
errr...x lupe gak kat mod ENGINE@8 DAN WALLANCE
KORANG MEMANG BEST!!
-siapakah diri anda di rumah?-
anak kedua yang degil...kakak yang garang kepada 3 orang adik..adik yg baik pada seorang abang
-siapakah diri anda di samping rakan?-
seorang yang sengal tapi baik hati , kiut miut, tak plastik,tak poyo dan tak tergediks2
-5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai-
1. reader pocket edition PRS 300RC
2. Sony α380 DSLR Camera
3. Sony 16GB S Series Walkman
4. Nak umah
5. Nak keta
-siapakah nama pasangan anda?-
errrr...x der g laaaa...
-ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda-
sbb x der lagi jadi ni la ciri2 yg miss violet suke
1.Beriman
2.not smoker
3.berdikari
4.pendiam
5.otaku (eh! leh ker camtu??)
-bila tarikh anda couple-
errrr....tah..x taw...
-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda-
lom ader lagi loorrr..
-lagu tema cinta anda-
itoshi kimie(to the one i love) ekekeke...tiap hari nyanyi
-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda-
hmmm...suka dia seadanya..
-tag 10 rakan yg lain-
sape bace dia wajib jawab okeh???
ade visitor datang ke blog miss violet.....kt shoutbox dia msg "klik2 nuff"
eh?? nk klik nuff kene gtaw ker???
bagus tul perkhidmatan ea...cepat sampai dowh..
sangggggatt suke nih....
tetibe adik miss violet menyampuk...
"eh kakak..baju yg hijau tuh kan ker lengan pendek???jarang lagi....mak marah ko nanti baru taw..."
ececeh spoil betul budak nih...
"nanti aku pakai dengan kardigan @ jaket lorrrrrr....x kan ler nak dedah2 gitu jer...ceh!!!"
"ooooo....pasni leh pinjam ekekekeke...." balas adik miss violet..
ces..tu motif dia rupanya...hampeh
pada pandangan miss violet baju ni canteeeeek sangat....korang rase x canteek miss violet peduli ape ehehehehe...
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.
Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.
kredit tuk cik sherry member di facebuk sb bg miss violet copy mende nih huhuhu...bile bace ni rasenyer miss violet banyak suke kat org kot tp x der yg cinta2 nie lagi...kapan ya bisa ku temu pria cinta hatiku???(wah cakap indon le plak ehehehe....)
kenape la M. Night Shyamalan nak rosakkan animated series kegemaram miss violet????
dah ler cast dia tahpaper......tengok trailernyer pon dah menyampah... kenape pengarah2 nie suke merosakkan citer erk??? tengok jer pengarah james wong yang dah rosakkan citer dragonball....semua die hard fan@ otaku dok kondem x abis-abis pasal citer n cast yg mengarut....siap dapat ranting 3.3/10 jer...bagi miss violet laaa...diorang bukan tak leh wat citer tu...tapi T.O.L.O.N.G lah cari cast yg hampir serupa dan citer@trailer yg gempak macam citer transformers(anyway ske tengok tranformers yg 1st jer...)......ini filem belum kuar lagi semua fan avatar the last airbender dah maki hamun tengok cast dan trailer dier...
ni la muke2 cast yg x boleh blah....kalau lee jun ki jadi prince zuko kan best???ni dibagi lak kat pelakoon Slumdog Millionaire a.k.a dev patel tuh....
Dev Patel as Zuko
Cliff Curtis as Firelord Ozai
Nicola Peltz as Katara
Randall Duk Kim as Old Man in Temple
Jessica Andres as Suki
Noah Ringer as Aang
Seychelle Gabriel as Princess Yue
Shaun Toub as Uncle Iroh
Aasif Mandvi as Commander Zhao
.
.
.
.
.
.
.
XCELI NI KONTEST KAT JEPOON JER...KAN DIORANG SKE WAT MENDE PELIK2.....TU PASAL MISS VIOLET SKE JEPON NI EHEHEHEH....LALALALALA BILALAH MISS VIOLET DAPAT G JEPOON NIH???
Cerita nie berlaku masa miss violet belajar di sekolah agama menengah….mase tu umo miss violet baru form 2…Kat sekolah agama ni banyak gak citer hantu yang miss violet dengar tapi kebanyakannya citer orang kene rasuk la…memang menakutkan bagi orang yang lemah semangat…tp bg miss violet biase je la…tapiii….. satu hari………..
Sorang kawan bagi taw bilik yang bakal miss violet duduk tu ader tiang seri…. Miss violet x penah amik taw pon dorm 6 tu ader tiang seri(tiang pertama yang dipacak ke tanah,katanya banyak makhluk menumpang)..kata member tu baik miss violet duduk jer kat dorm 10 lebih selamat…. Dek kerana degil, miss violet pindah la kat dorm 6 tu…..
Bile dah pindah, sorang kawan yg memang duduk kat bilik tu tanya
“tak takut ker??? Bilik nie berhantu???”
pastu miss violet balas la cara lawak….
“bilik yang berhantu ke korang yg berhantu??”..
pastu tah camner ader member tu cakap
“ko ni brani la…mlm ni tidur dengan aku boleh??”
Soooo…. X nak hampakan member tu miss violet cakap ok je laaa…..malam sebelum tidur tetibe member tu cakap “aku selalu kene himpit, ko tolong aku ye kalau tengok aku kejang je nanti??” “kejang???” aku tanya dia balik….. pastu dia cakap tunggu je la malam nie….
Akhirnya tepat kul 12 mlm miss violet pon tidur….
Dang! Dang! Dang! Dang!.... tetibe miss violet terbangun….bunyi yang miss violet dengar sangat kuat… dihentak seperti gergasi sedang berjalan….. kemudian terdengar bunyi yang lain tik…tik..tik…tik..seakan2 bunyi guli melantun dilantai……
Bunyi kedua2 tersebut berselang seli tak berhenti……peluh membasahi dahi miss violet….kemudian miss violet tengok member kat sebelah….matanya terpejam rapat…sangat lena…… miss violet cuba mengejutkan member tersebut…tapi dia memang tidur matiiii!!! Miss violet tengok pulak jam…baru pukul 3 pagi….aduhhh!!! lambatnya pukul 5.30 pagi….
Bunyi tersebut masih kedengaran…miss violet cuba tutup mata dan mula tidur mengiring….. tiba-tiba “fuhhhh….!!!” Telinga miss violet ditiup….miss violet sangat terkejut hinggakan bulu roma tegak…. Serentak itu miss violet terasa sejuk…..ntah dari mana angin datang menyapa sedangkan kipas dalam bilik tu dah uzur…pusing pon lembab…..terus miss violet tutup telinga dan tarik selimut…
Start daripada tu miss violet mula membaca surah al-mulk…ketika membaca surah tersebut bunyi hentakan dan bunyi guli tersebut mula hilang secara perlahan-lahan…
Tiba-tiba……..2 buah loker yg tertutup rapat….. terbuka seakan- akan dimainkan…..terbuka dan tertutup…berselang seli…… miss violet …teruskan juga membaca surah tersebut…..kemudian start pula membaca surah yassin, loker tersebut berhenti dari dibuka dan ditutup……
Ingatkan semua dah berhenti tapi…. katil miss violet pula mula digegar dan baldi mandian yang tersusun di bawah berlaga-laga….bunyinya sangat kuat….miss violet teruskan membaca surah yassin…sambil berdoa dalam hati supaya dijauhan dari syaitan yang menganggu…..
Bila sampai jer ayat “ in na ma amruhu iza ara’ da syaian ai yaqu lalahu kun fayakun…” miss violet rasa panas dan pedih di peha di muka sebelah kiri dan di lengan kiri….. tapi miss violet teruskan baca sampai habis ayat tu dan ulang ayat akhir tu tujuh kali…..
Lepas jer habis baca semua gangguan tu seakan hilang …tapi peha,muka dan lengan miss violet terusan berasa pedih…..miss violet melihat jam kembali…..sudah 5.13 pagi…miss violet mula hendak bangun ke bilik mandi…..tiba- tiba miss violet terpandang satu makhluk sedang mencangkung dikatil kak aida dan kak alin…dalam samar2 makhluk itu memandang miss violet dalam keadaan marah….. tak taw la nak cakap mukanya camner….
Seluruh badan miss violet kaku dan mulut miss violet terus membaca ayat kursi yang belum dibaca lagi……. Miss violet pandang lagi…makhluk itu sudah tiada dikatil kak aida dan kak alin…..
Miss violet terus-terusan mengkakukan diri atas katil….hingga lah seorang senior membuka lampu pada pukul 6 pagi…..katil miss violet basah dipenuhi peluh……
Cepat-cepat miss violet pergi ke cermin melihat muka….terdapat 3 kesan cakaran dimuka miss violet…cakaran yg baru dan sangat pedih….begitu juga dilengan….tetapi yang lebih mengejutkan kesan cakaran di peha yang sangat besar dan dalam lukanya lebih kurang sejengkal….
Selepas mandi,member yang tidur disebelah miss violet tanya “aku kejang x malam tadi???” miss violet balas balik “ko x kejang tp aku yang kejang..” ….member mula rasa pelik…dia tanya “apsal ko kejang??” miss violet pon cover … “kejang memain la…..eh,ayang mana tiang seri tu erk….??”
“ooooo….tiang seri tu sebelah katil ko lah….”
Duh!! Asal la miss violet x tanya awal2…kalo x dah lama siapkan pendinding….pastu miss violet citer la aper yang berlaku…..sambil tunjukkan kesan cakaran yg terdapat dibadan…
Tapi paper pon miss violet tetap tidur kat situ,nk tolong member dari kene himpit…. Kemudian x lama lepas tu semua gangguan dah hilang….tak taw apa sebabnya….
citer ni dah lama miss violet simpan...mentelah Gengblogger.com dah buat contest ni so...miss violet tulis arr entri ni...sbenar ea banyak g citer..memandangkan syarat ea satu penyertaan jer leh, soo letak arr citer ni....tapi serius beb kalau kena kt korang sendiri x taw la camner kan???? ader citer yg lagi satu tu member miss violet siap terkencing atas katil..tengok arr nnt kalo miss violet ader masa...leh wat entri tu plak.....xoxo
http://minda-anak-mudan9.blogspot.com/2010/01/sungai-dalam-laut.html
Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini.Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.
Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:
Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.
Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom.Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Diakhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!
Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi) : Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (SurahAl-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.
Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah,menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya.Semua adalah halal bagi Machiavelli.
Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan dimahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya.Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!
Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand,sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia -Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di SyurgaSeks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosidi dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan:California Teenage Pregnancy Statistics).
Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.
Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda,Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadisriwayat Ahmad & Thabrani)
Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.
Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur keranannya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
teka teki ini diberi oleh mr.cayor berabad yg lepas dalam email miss violet....rasanya ramai org dah taw kot...kalo yg lom taw lagi sile bace erk....
1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.
2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.
4) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.
7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...
9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus
10) binatang tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut
11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak
12) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'
14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe
15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur
16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung
17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sapen nak cabut pokok kelapa gile ape...
19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
semalam tengah miss violet dok diam...tetibe msg masuk...
rUpERnYEr......
dapat facebuk celcom sms...sorang kawan missviolet update status rupernyer...
TaPiii.....
dia sangat tensen.... camni ler dia tulis kat wall dier :
Oh!!
rupernye ramai pompuan lain g serang inbox dia....tanya pasal hubungannyer dgan si lelaki dalam fwen list dier....
Hmmm....
tak pasal2 kene kan??kan??agaknyer ader yg dah kawen,dah tunang dan bercouple ngaku single kowt??
COUPLING atau berpasangan menjadi budaya orang bercinta pada hari ini.tidak salah kalau berpasangan.tetapi salah berpasangan yang tidak ikut acuan islam. Apa yang di katakan berpasangan tidak mengikut acuan islam?? Pasangan bukan muhrim keluar berdua2an tanpa muhrim. pasangan bercinta ini biasanya di gelar cinta monyet. Gejala cinta monyet ini tidak habis2 menular dari bangku sekolah sehingga ke peringkat universiti. Ingatkan apabila sudah belajar smpai universiti,sudah agak matang dalam soal-soal bercinta.tetapi lagi teruk dan tidak ubah sperti budak2 skola bercinta.ke hulu ke hilir naik motor seperti suami isteri siap berpeluk lagi.pengawal keselamatan hanya mampu geleng kepala. Paling membimbangkan apabila berakhir di bilik2 hotel,kebanyakan pasangan termasuk pelajar IPT.
Soalan HOT untuk COUPLE:
“ pernah terlanjur?? Dan hampir 80% jawapannya YA dan mereka mengaku pernah melakukanya berkali2..
“Biasa buat di mana?” ”biasanya Buat di hotel”jawap mereka.
“Ada duit??” ”ada..kami pakai duit pinjaman”
“Hotel mana” ”mana2lah,yang sederhana,sesekali kami pergi gentinG”
“tidak Mengandung?” ”tidak kami guna kondom atau buang luar”
“kenapa terlanjur??” “sbb nafsu.tidak dpt kawal”
“tidak rasa bersalah??” “rasa tapi entahlah”
“Bila hendak kahwin?” ”tggulah,apabila sudah habis belajar,sudah dpat kerja,sudah kumpul duit,sdh ada kereta,dgn rumah,barulah kahwin”
Kepada anak2 muda khusus untuk anda yang belajar di IPT2 di seluruh Malaysia…fikirkanlah kehidupan anda sbg seorang pelajar..jgn suka berfoya2 dgn kehidupan duniawi…sebagai pelajar,hargailah masa yang ada untuk menimba pengalaman pembelajaran..jangan sia2kan peluang, jgn membuat perkara2 yang melebihi batas2 agama,fikir2kan lah ibubapa anda di kampung, sedangkan ibubapa anda di kampung:
*sentiasa ingatkan anaknya sedang belajar bersungguh2.
*sentiasa bangga dengan anaknya yang belajar di universiti.
*sentiasa hantar duit dengan anaknya yang kesempitan.
*sentiasa telefon anaknya bertanyakan sihat atau tidak dan bagaimana pelajaran
*paling menyanyat hati mereka sentiasa berdoa dengan penuh tangisan menadah tangan kepada tuhan mendoakan kejayaan anak
"WAHAI TUHANKU,SESUNGGUHNYA ENGKAULAH TEMPAT AKU MENYEMBAH DAN ENGKAULAH TEMPAT AKU BERMOHON KEAMPUNAN.WAHAI TUHAN, ANAKKU KINI JAUH DARI MATAKU, ANAKKU KINI SEDANG BELAJAR DI RANTAU ORANG,ANAKKU KINI SEDANG BERUSAHA MENCAPAI CITA-CITANYA DAN ANAKKU INGIN MEMBAHAGIAKAN ORANG TUANYA 1 HARI NANTI. WAHAI TUHANKU ENGKAU BERKATILAH USAHANYA, ENGKAU RAHMNATILAH USAHANYA DAN ENGKAU BERILAH KEJAYAAN KEPADANYA. BANTULAH DIA WAHAI TUHAN, SELAMATKANLAH DIA DI RANTAU ORANG WAHAI TUHAN DAN BANTULAH KAMI SEKELUARGA YANG SUSAH INI WAHAI TUHAN DENGAN KEJAYAANNYAWAHAI TUHAN.WAHAI TUHAN, SEMOGA ENGKAU PENUHI DAN KABULKAN PERMINTAAN KU INI WAHAI TUHAN. INILAH SAHAJA YANG MAMPU AKU LAKUKAN WAHAI TUHANKU. AKU SUDAH TUA DAN HANYA MENGHARAP KEJAYAAN ANAK-ANAK SAHAJA WAHAI TUHAN”.amin ya Rabbal Alamin.....
Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… .
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn
Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…
——————————————————–
Ayahku yg tercinta,
Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah.
Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju
walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya,
Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun
tidaklah terlalu tua).
Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan
membesarkannya bersama.
Dia punya bisnes perdagangan extacy yang
sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.
Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.
Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… …
—————————-
keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… ..
** Don't do this at home **
=p
entri nie miss violet dpt dari inbox mel yg melambak2.....tapi betul ker camtu erk????kalau laki yer kot???..sbb miss violet penah tengok versi yg laen yg mmg kaw2 pompuan x lawa kene....
VS
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja
luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Laki camner?? Jumpe kat ner?? Hik..hik...intro tah paper...
K la..yg sebenaqnya miss violet nak citer pasal seorang lelaki yang makcik miss violet jumpa dalam bas ni....
Diceritakan oleh makcik :
“gini...ade le satu ari tu ateh naik bas...nak ke satu tempat...x lama pas tu ade la seorang lelaki datang dan duduk disebelah ateh...ateh diam je le.....pastu tetiba lelaki tu tanya... “awak nak ke mana? Tanya laki tu...Jadi org dah tanya x kan ateh diam jer kan??? Ateh jawab le nak pegi ke rumah si polan...dah lepeh tu ateh nanye le dia balik...ye dak?? Kendian sembang2 la....
Tak lama pas tu ateh ngan laki tu diam sebab dah tak der mende nak cakap....
Tetibe.......................
Laki tu nanye ateh lagi... “awak taw dak berapa patah perkataan awak sembang dengan saya tadi? Muke dia serius jer... udah le ateh pelik...ateh kata je “ntah x taw...” .................. lepas tu taw dak....laki tu keluarkan pembilang yg tekan guna tangan tu(hand tally counter) Trus dia cakap “banyak ni la awak cakap (sambil menunjukkan jumlah kat pembilang tekan tu...)...laki tu buat muke selambe je dowh.. then trus turun kat perhentian depan....ateh terpingga2 dibuatnyer...
Ok....miss violet,adik pompuan dan mak gelak sakan bile 1st time dengar citer ateh tu..
Tapi..... persoalannyer.....
1. ape motif laki tu buat mcm tu erk???
2. asal dia bawak pembilang tekan dan membilang patah perkataan yg dikeluarkan??
3. kenapa laki tu nampak normal??
4. ade berapa banyak laki berperangai camtu erk???
5. nak klasifikasikan laki camni sebagai apa ya???
6. PERNAH TAK KORANG JUMPA LAKI YANG BERPERANGAI CAMNI???